Aplikasi SSO KPM Single Sign On sangat berguna kepada warga KPM terutamanya buat guru-guru, memandangkan banyak aplikasi penting yang perlu di login setiap hari, seperti APDM.
Apakah kelebihan menggunakan SSO KPM ini? Sebenarnya ia sama sahaja seperti direct terus ke website asal, namun dengan menggunakan Single Sign On SSO akan memudahkan anda dari segi:
- Tidak perlu mengingat banyak username dan password.
- Tidak perlu pening mencari laman web, taip di google tapi tidak keluar web portal sebenar.
- Menjimatkan masa anda.
Bagaimana cara untuk Login SS0 ini?
Mudah sahaja, hanya memerlukan 2 perkara
Sekiranya masih belum ada kata laluan boleh rujuk Guru Data sekolah anda, dia akan daftarkan anda sebagai pengguna.
Cuma yang menjadi masalah ialah, laman web SSO ini tidak di index oleh enjin carian Google, mungkin kerana telah di hapuskan untuk tujuan keselamatan. Sebab itu apabila kita taip SSO KPM, SSO login, SSO APDM, SSO eOperasi, tidak keluar pun laman web SSO ini.
Aplikasi yang boleh digunakan menggunakan SSO KPM ini dibahagikan kepada 3:
- Pengurusan Sekolah
- Pengurusan Guru
- Pengurusan Murid
Pengurusan Sekolah: eMIS, ebantuan
Pengurusan Guru: ePangkat, eProfil, ePKM, Program Transformasi Minda, eOperasi, ePelepasan, ePrestasi, eGtukar, eGraduan, eSPBT, SPLKPM, Tatatertib, SMPP
Pengurusan Murid: APDM, s3p-Asrama, Sekolah Kawalan, Matrikulasi, eSARANA, ePKHAS, eRPI, PAJSK, SMPK, SAPS, SSDM, Daftar UPSR, Kolej Vokasional dan Teknik
Semua Aplikasi ini dapat dibuka di Single Sign On SSO Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan hanya 1 login sahaja. Semoga maklumat ini bermanfaat kepada anda semua.
(Dilarang Copy Paste Artikel Ini)