Sepertimana kita sedia maklum, PRU13 akan berlangsung pada 5 Mei 2013 Ahad ini. Perang Poster sudah bermula sejak sebulan sebelum lagi, disaat waktu pembuangan undi hanya tinggal kurang dari 6 hari, perang poster, bendera, banner dan billboard terus rancak. Tidak kurang juga di media sosial terutamanya Facebook.
Jika kita lihat PRU sebelum ini, media sosial Facebook masih di peringkat permulaan, penggunanya juga masih rendah. Tetapi PRU ke 13 kali ini cukup berbeza. Boleh dikatakan media sosial Facebook menjadi sumber utama bagi menyampaikan maklumat dan kempen untuk meraih undi dan sokongan. Tidak terlepas juga cacian dan makian ‘terlepas’ di komen-komen wall atau gambar yang diupload.
Boleh dikatakan hampir semua anak muda sekarang ada facebook, terutamanya yang berada di area liputan 3G. Tambahan pula Internet sekarang boleh di akses hanya melalui Handphone dan Tablet.
Jika sebelum ini kita melihat PR lebih kuat berkempen di media sosial, kerana ia merupakan medium untuk menyampaikan maklumat disebabkan peluang untuk keluar ke kaca TV amat terhad. Namun BN juga tidak melepaskan peluang ini, terutamanya untuk menarik pengundi muda yang rata-ratanya adalah pengguna media sosial ini.
Tidak semua maklumat yang kita dapat di facebook adalah tepat, pengguna harus bijak dalam mendapatkan maklumat yang sahih dan meneliti sumbernya. Supaya kita dapat menghindari daripada fitnah dan tuduhan jahat. Jom sama-sama kita ikuti nasihat Ustaz don sempena PRU di masjid Nabawi.
SEMAK PUSAT MENGUNDI DI :http://daftarj.spr.gov.my/
KEPUTUSAN PRU DI: http://www.myundi.com.my/ http://keputusan.spr.gov.my/#home
SUMBER MEDIA: http://www.malaysiakini.com/bm http://www.bharian.com.my/
KERUSI PANAS: PUTRAJAYA, GELANG PATAH, LEMBAH PANTAI, BUKIT KATIL, SHAH ALAM, JEMPOL
JUMLAH PEMILIH BERDAFTAR : 13,268,002