PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN TAHUN 2016

    7
    0

    PERMOHONAN SECARA ATAS TALIAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN TAHUN 2016

    Peluang kepada lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru, kini laluan perguruan yang tinggal hanya melalui PISMP dan Ijazah Pendidikan di IPT, oleh yang demikian rebutlah peluang ini sebaik-baiknya

    CARA MEMOHON
    1. Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 10 Mac 2016.
    2. Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga
    3. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
    4. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja.
    5. Permohonan hendaklah disahkan setelah pemohon selesai membuat pengemaskinian dengan menekan butang pengesahan yang disediakan sebelum tarikh tutup permohonan. Pengesahan yang berjaya dihantar akan menerima no rujukan.
    6. Pemohon hendaklah menyimpan no rujukan untuk tujuan semakan permohonan.
    7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

    BIDANG YANG DITAWARKAN PISMP 2016

    LINK PERMOHONANhttps://pismp.moe.gov.my/
    TARIKH TUTUP: 27 MAC 2016

    SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI

    INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS 1 – 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
    63000 CYBERJAYA, SELANGOR.
    (u.p: Unit Pengambilan, Penempatan dan Data Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar)
    No. Telefon : 03-8312 6720/6723/6730/6731/6758/6768/6769

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here