![]() |
Gambar Pengsan |
Pengsan adalah apabila terasa pening kepala disertai menurunnya kesedaran (pitam).
Pertolongan pertama:
- Turunkan kepala di antara kedua lutut, jika pesakit sedang duduk di kerusi.
- Atau, biarkan die berbaring terlentang dengan aras kepala lebih rendah daripada kaki. Ini dilakukan untuk menarik darah ke kepala.
- Periksa denyutan nadi dan pernafasan untuk mengetahui sama ada pernafasan dan denyutan nadi kuat. Jika pernafasan cepat dan denyutan nadi kuat, ambillah sebuah kantung kertas atau plastik yang cukup besar untuk menutup muka. Tutuplah hidung dan mulut pesakit dengan kantung dan biarkan pesakit menarik dan menghembus nafas dengan perlahan ke dalam kantung selama beberapa minit. Jika ia belum juga pulih setekah 15-20 minit, bawalah pesakit ke hospital atau klinik terdekat untuk pemeriksaan doctor.
- Jika pesakit tidak bernafas dan denyutan nadinya tidak dapat dirasakan, bersedialah memberikan resusutasi kardiopulmoneri (penggiatan kembali jantung dan paru-paru dengan pernafasan buatan ) atau CPR. Minta seseorang memanggil doctor atau bersedia untuk menghantar pesakit ke hospital terdekat. Jika seseorang sanggup melakukan CPR, lakukanlah CPR sementara pesakit sedang dihantar ke hospital. Berhenti hanya apabila denyutan nadi pesakit dapat dirasakan dan ia sudah bernafas.
- Periksa sama ada pesakit menghidap diabetis atau tidak. Tanyakan keluarganya jika perlu.
CPR = Cardiopulmonary Resuscitation, resusitasi kardiopulmonari (Pernafasan buatan)
Pengubatan dengan tanaman herba.
- Daun Nona Serikaya (Anona Squamosa L)
– Jika pesakit bernafas dan denyutan nadinya kuat, hancurkan daun nona serikaya.
– Biarkan dia menghidu bau sarinya. Letakkan di atas hidung agar dihidunya.
– Biarkan dia menghidu hingga peningnya hilang atau dia sedar dari pengsannya.
- Daun Jambu Batu (Psidium Guajava L.)
– Hancurkan daun Jambu Batu.
– Biarkan pesakit menghidunya, sambil menyuruh dia bernafas panjang.
– Letakkan daun yang telah hancur itu di depan hidung agar dia dapat menghidu bau daun.
perkongsian yang menarik…kalau ada orang pengsan..leh la puteri tolong nanti 🙂
terima kasih untuk info ini ^_^
Good info.. bila org pengsan biasa saya lari dulu.. tak tau nak buat apa.. hehehe