Penyertaan semua murid sekurang-kurangnya dalam satu sukan adalah faktor yang dapat mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.
Olahraga merupakan teras kepada aktiviti sukan di sekolah yang secara tradisinya akan dianjurkan setiap tahun.
Sebagai acara penting yang sepatutnya menjadi tunjang kepada aktiviti sukan di sekolah, maka olahraga perlulah dikelolakan dengan terancang dan sempurna serta pada masa yang sesuai.Oleh itu, Buku Garis Panduan Pengurusan Kejohanan Balapan dan Padang (Olahraga) di Sekolah yang diterbitkan ini akan dapat membantu pihak sekolahmengelolakan acara ini dengan baik dan teratur.
Dokumen ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk menganjurkan dan melaksanakan acara sukan seperti penubuhan jawatankuasa dan peranannya, peraturan pertandingan, bilangan pegawai teknik,peralatan, ukuran balapan dan sebagainya.









