Home Berita Murid tahun 6 cuba bunuh diri

Murid tahun 6 cuba bunuh diri

34
0
KUALA ROMPIN – Seorang murid lelaki, 12, berjaya diselamatkan anggota bomba selepas cuba terjun dari tingkat tiga sebuah sekolah kebangsaan berhampiran Bandar Rompin, di sini, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Zahari Razali berkata, murid itu berjaya diselamatkan selepas enam anggota bomba mengambil masa 20 minit memujuk kanak-kanak berkenaan.
Murid tahun 6 cuba bunuh diri
Menurutnya, kanak-kanak itu menunjukkan niat untuk terjun kerana apabila dihampiri dia semakin agresif hingga memerlukan beberapa kali usaha memujuk dilakukan.
Katanya, kejadian itu berlaku di koridor belakang bangunan dalam keadaan dia duduk di bucu dengan kaki tergantung dan sedang menangis.
“Kami turut memberikan dia air dan menenangkannya sebelum dia mengubah fikiran.
“Dalam masa sama pihak kami turut bersedia melakukan penyelamatan menggunakan tali sekiranya kaedah memujuk murid berkenaan gagal,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, hari ini.
Difahamkan, tindakan terjun cuba diambil murid terbabit disebabkan mengalami masalah di sekolah.
~ SINAR HARIAN 
Printer Brother

Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Tidur Perempuan Paling Murah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Kedah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Murah

Baju Kurung Widuri Cantik

Baju Kurung Widuri Cantik

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

Telefon Pintar Infinix 5G Murah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here