Muat Turun Aplikasi SAPS NKRA di Playstore

    125
    0
    Aplikasi Saps Android Version
    Memandangkan kita dah menghampiri penghujung sesi persekolahan, dan boleh dikatakan ketika ini Peperiksaan Akhir Tahun sedang berjalan dikebanyakan sekolah.
    Guru-guru pula kini mungkin sedang sibuk menanda kertas soalan, maklumlah kadang-kadang tanda sampai 10 kelas, 1 kelas pula hampir 40 orang. Memang tak tidur malam lah jawabnya..

    Saps NKRA
    Selepas siap menanda kertas soalan, guru-guru akan memasukkan markah ujian ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS
    Waktu ini ramai yang terpaksa berjaga malam untuk memasukkan markah. SAPS ini telah dibuka sekarang, jadi kalau sudah siap menyemak kertas soalan, eloklah terus isi secepat mungkin, kalau di penghujung nanti dibimbangi berlaku kesesakan.

    Bagi memudahkan lagi, kini anda boleh download Application SAPS NKRA di Playstore, dengan aplikasi SAPS NKRA ini anda tidak perlu lagi buka website SAPS di browser, boleh terus ke aplikasi. Muat Turun SAPS NKRA di bawah.
    Download Saps
    Aplikasi SAPS ini adalah untuk pengguna Android sahaja. Semoga ia dapat melancarkan lagi kerja-kerja anda untuk mengisi markah murid.
    Printer Brother
    Iklan ยท Pautan afiliasi Shopee Lihat printer Brother di Shopee

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here