Kos Hidup Meningkat CUEPACS Tuntut Bonus 2 Bulan Gaji

    14
    0
    KOTA BHARU: CUEPACS mengekalkan tuntutan dua bulan bonus kepada 1.6 juta penjawat awam akhir tahun ini.
    Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata tuntutan itu adalah relevan dengan keadaan semasa yang menyaksikan kenaikan pelbagai harga barangan.
    Beliau berkata, tuntutan itu dianggap tidak keterlaluan kerana ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membayar bonus pekerja antara lima hingga tujuh bulan.
    “Walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kerajaan perlu menimbang memberi bonus seperti diminta,” katanya pada sidang media selepas majlis Penerangan isu semasa penjawat awam bersama kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini, hari ini.
    Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi CUEPACS Kelantan Izuddin Ab Rasid; Presiden Kesatuan Kakitangan KADA, Mohd Rodi Nor; dan Timbalan Pengurus Besar KADA, Nik Roslan Idris.
    Azih berkata, angka dua bulan itu relevan pada masa ini dan CUEPACS tidak akan mengguna pendekatan ugutan atau tekanan terhadap kerajaan.
    “Kerajaan memahami apa yang dialami penjawat awam terutama kakitangan kumpulan B40 dan M40 yang tertekan dengan kos sara hidup,” katanya.

    Printer Brother

    Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here