Konsep Perbezaan Individu

    22
    0
    Sepertiman yang kita maklum, di dalam kelas kita ada pelbagai jenis murid dan karenah, ada yang pandai ada yang kurang pandai, ada yang aktif ada yang pasif. Setiap murid diajar tajuk yang sama, walaubagaimanapun mengapa ada yang murid mencapai objektif dan ada yang tidak? Tentu anda pernah mengalami situasi ini kan?

    Sebernya setiap murid menerima maklumat dengan kaedah yang berbeza, ada yang kita hanya perlu sebut sahaja dia seudah boleh ingat dan faham, ada yang perlu tulis dan sentuh baru dapat ingat. Ini dinamakan perbezaan individu, perbezaan individu ini memang wujud, dan kita sebagai guru tidak boleh sesekali menyalahkan murid, mereka menerima maklumat berbeza. Oleh itu, teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang perlu di pelbagaikan mengikut tahap kebolehan murid-murid. 
    Konsep Perbezaan Individu
    Perbezaan individu meliputi beberapa aspek ketidaksamarataan dalam diri seseorang dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.
    Dari segi fizikal kita sendiri boleh lihat didalam kelas ada yang tinggi ada yang rendah, ada yang kurus dan ada yang berbadan besar. Selain dari saiz badan, mereka juga berbeza dari warna kulit dan rupa paras.
    Perbezaan mental pula adalah perbezaan kecerdasan murid, kita boleh lihat dari segi penaakulan murid, kebolehan merangsang sesuatu, kebolehan bertindak dan berbahasa.
    Kebolehan mengawal emosi juga berbeza dari individu ke individu yang lain.  Ini merujuk kepada kebolehan mengurus emosi negatif seperti mengurangkan kekecewaan, mengekalkan ketenteraman, serta tahap kesabaran seseorang individu.  
    Aspek sosial merupakan kebolehan individu untuk menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan individu yang lain.  Kanak-kanak ekstrovert lebih mahir bersosialisasi jika dibandingkan dengan kanak-kanak introvert.
    Selain itu ada juga perbezaan individu yang lain seperti tahap sosio ekonomi, minat dan bakat, gaya hidup dan semangat motivasi.
    Diharap sedikit sebanyak dapat memberi kefahaman kepada guru-guru berkenaan perbezaan individu, dan dapat mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran untuk memberi kefahaman kepada murid-murid secara optimum. Akan datang akan dikupas pula berkenaan jenis-jenis perbezaan individu.
    Printer Brother

    Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here