Piala Dunia merupakan sukan Bola Sepak yang paling berprestij di dunia, ia diadakan 4 tahun sekali, dan untuk tahun 2014, Brazil akan menjadi tuan rumah. Awal pagi tadi berlangsungnya undian untuk kumpulan mana yang mereka akan berada.
Berikut adalah keputusan undian kumpulan World Cup 2014 Brazil
![]() |
Piala Dunia 2014 |
Group A : Brazil, Cameroon, Mexico, Croatia
Group B : Spain, Chile, Austalia, Netherlands
Group C : Colombia, Ivory Coast, Japan, Greece
Group D : Uruguay, Italy, Costa Rica, England
Group E : Switzerland, Ecuador, Honduras, France
Group F : Argentina, Nigeria, Iran, Bosnia and Herzegovina
Group G : Germany, Ghana, U.S.A, Portugal
Group H : Belgium, Algeria, Korea Republic, Russia
Ramai yang mengatakan bahawa kumpulan D adalah kumpulan maut, yang mana kuasa besar bola sepak seperti England, Italy dan Uruguay berada di kumpulan tersebut, walaubagaimanapun kita tidak boleh memandang rendah kepada negara-negara Afrika Selatan yang mempunyai stamina dan semangat yang cukup tinggi. Dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku, pasukan hebat seperti Italy, Spain dan Brazil juga boleh kalah dengan pasukan bukan pilihan jika tersalah langkah.
Siapakah yang bakal menjulang Piala Dunia 2014 tahun hadapan? Rata-rata pengulas sukan mengatakan Brazil merupakan pasukan yang paling berpeluang untuk menjuarainya selaku tuan rumah. Sama-sama kita saksikannya pada tahun hadapan, Jadual Perlawanan Piala Dunia 2014 akan di update dalam masa terdekat.