Keputusan Temuduga SPP Lepasan ISMP

    119
    0

    KEPUTUSAN TEMU DUGA KE JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 CALON LEPASAN ISMP UNIVERSITI AWAM PENGKHUSUSAN SAINS DAN MATEMATIK UNTUK SESI TEMU DUGA PADA 25 HINGGA 30 OGOS 2016

    Keputusan temu duga bagi pelantikan ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 bagi calon Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Universiti Awam Pengkhususan Sains Dan Matematik untuk sesi temu duga yang dilaksanakan pada 25 hingga 30 Ogos 2016 boleh disemak di: SEMAK SPP 

    Surat Arahan Penempatan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

    *Calon-calon yang berjaya adalah dipohon untuk mencetak Surat Tawaran Lantikan dan Pakej Setuju Terima Tawaran (PSTT). Untuk makluman, PSTT hendaklah dihantar kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) sama ada SPP Putrajaya, SPP Cawangan Sabah dan SPP Cawangan Sarawak, iaitu mengikut arahan penempatan negeri masing-masing.

    Printer Brother
    Iklan ยท Pautan afiliasi Shopee Lihat printer Brother di Shopee

    Sekiranya terdapat sebarang kesilapan alamat pada surat tawaran tersebut, calon-calon adalah dipohon untuk menghantar emel kepada alamat emel iaitu johan@spp.gov.my

    Sila kemukakan alamat yang betul beserta nombor kad pengenalan dan nombor telefon untuk dihubungi kepada emel tersebut. SPP akan menghubungi calon apabila surat tawaran tersebut telah dikemaskini dan boleh dicetak semula.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here