Guru-guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah membuat permohonan pertukaran pada bulan lepas dijangka dapat menyemak keputusan lulus/gagal di dalam portal eGtukar pada 2 November ini dan keputusan penempatan pada 12 November.
Permohonan pada Oktober baru ini merupakan permohonan eGtukar kali ke 2 pada tahun 2015, yang juga kali ke 2 menggunakan sistem Trafik Light.
Seperti biasa, Negeri Kelantan menjadi negeri paling banyak yang memohon masuk, tidak kira rendah dan menengah. Sememangnya Kelantan memang banyak melahirkan guru, boleh dikatakan setiap sekolah pasti ada.
Antara tips yang dikongsi rakan-rakan bagaimana permohonan mereka berjaya ialah dengan banyak berdoa dan solat hajat setiap malam. Selain itu juga, banyakkan membantu orang dalam kesusahan serta bersedekah. Mengamalkan bangun solat malam dan solat dhuha juga amat digalakkan.
Sekiranya tidak berjaya, jangan putus asa, buatlah rayuan, kerana masih ada peluang ke 2 lagi.