Review Printer Epson L360. L360 merupakan generasi ke-3 dalam L Series, pasti ramai yang sedang menggunakan Model L ini sama ada L210, L220 atau L360.
Tetapi sekarang sudah ada Epson L365 dan L565 yang mana harganya yang lebih tinggi darinya. Di sini kita ingin kongsikan kelebihan yang ada pada EPSON L360 memandangkan harganya yang berpatutan dan mampu milik.
Baca juga Tips Memilih Printer.
![]() |
Epson L360 |
Kelebihan Epson L360
Pertama sekali mungkin ramai yang sudah tahu harganya, dan mungkin juga belum tahu harganya, untuk lihat harga pasaran printer biasanya kita boleh buat perbandingan dengan melihat harga di Lazada atau 11Street. Harga Epson L360 di Lazada dalam lingkungan RM469 – RM515 dan kebanyakannya dalam lingkungan RM475, ini bermakna harga di kedai juga sepatutnya dalam lingkungan itu juga. Jika atas RM500 maknanya kedai itu jual mahal.
Mencetak dengan pantas
L360 lebih pantas dari L220/210, iaitu boleh mencetak 33 helai dalam masa 1 minit bagi cetakan Hitam Putih, manakala 15 helai bagi cetakan warna. Ia menggunakan Micro Piezo Printhead Technology di mana ia boleh mencetak resolusi maksimum 5760 x 1440 dpi.
Dakwat Refill Original Tank Build in
Yang semua dah tahu, dakwat dia boleh refill sahaja di Ink Tank yang telah disediakan, harga dakwat pun murah hanya lebih kurang RM22 sebotol, perlu 4 botol termasuk warna. Sebotol tu boleh print lebih kurang 4500 untuk hitam, dan 7500 untuk warna. Ini sangat jimat jika dibandingkan dengan printer lain yang tiada Tank luar. Lagipun sekarang ni memamg ramai yang mencari Printer yang jimat ink, inilah pilihannya. Pastikan guna dakwat yang original supaya printer anda lebih tahan lama.
Print, Scan, Copy
3 benda ni benda yang wajib ada bila beli printer, mudah nak buat kerja-kerja sekolah atau sebagainya.
Waranti
1 Tahun dari Pembekal Tempatan
1 Tahun dari Pembekal Tempatan
Kelemahan
– Tiada Wifi, wifi sebenarnya tidaklah diperlukan sangat, lagipun alang-alang buat kerja tepi printer, sambungkan sahaja usb nya.
– Bukan Borderless
– Bukan Borderless
Apa yang anda dapat jika beli Printer ini:
- EPSON INKJET PRINTER L360
- UV Black Ink Bottle
- UV Cyan Ink Bottle
- UV Magenta Ink Bottle
- UV Yellow Ink Bottle
- USB CABLE
- INSTALLER CD
Semoga anda dapat membuat pilihan yang tepat dalam memilih printer, diharap perkongsian ini dapat memberikan sedikit gambaran berkenaan Printer Epson L360 ini. Nak beli kat mana? Beli di kedai atau beli sahaja secara online..