Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

    1
    0
    Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran sebagai Pihak Berkuasa Melantik bertanggungjawab bagi melantik Anggota Perkhidmatan Pelajaran. Pelantikan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan permohonan dibuka sepanjang masa bagi jawatan berikut:
    A) Pensyarah yang berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia:
    • Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH41 [INFO]
    B) Anggota Kumpulan Pelaksana Gred 17 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia:
    • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 [INFO]
    • Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 [INFO]
    • Penyelia Asrama Gred N17 [INFO]
    • Pembantu Pengurusan Murid Gred N17 [INFO]
    • Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17 [INFO]
    • Pembantu Makmal Gred C17 [INFO]
    JAWATAN KOSONG SPP
    Bagi tujuan pelantikan ke perkhidmatan awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui Sistem Terbuka perlu memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
    1. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di   peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
    2. Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya di peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
    3. Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

    Kepada mereka yang berminat bolehlah membuat permohonan di http://www.jobsmalaysia.gov.my/ dan ia dibuka sepanjang masa.

    Mohon Sekarang. | Maklumat Jawatan Kosong

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here