![]() |
JAWATAN KOSONG GURU GANTI |
Ramai graduan yang sedang mencari pekerjaan setelah tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, persaingan untuk memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan begitu tinggi, oleh itu mereka yang mempunyai kelayakan dan pengalaman diambil untuk bekerja oleh majikan-majikan yang besar. Namun bagaimana pula yang masih baru untuk menempuh alam pekerjaan dan ingin mencari pengalaman? Jika mereka tidak diambil bekerja bagaimana untuk mereka beroleh pengalaman.
Pada 2014 banyak sekolah-sekolah yang memerlukan guru ganti bagi menggantikan guru-guru yang mungkin bercuti bersalin, cuti sakit yang panjang atau cuti sambil belajar. Di sini di kongsikan info jawatan kosong guru ganti bagi daerah Kinta Utara, Ipoh Perak. Kepada yang berminat untuk menjadi guru ganti boleh memohon dengan mengisi borang berikut:
Permohonan Jawatan Guru Ganti oleh individu bagi tahun 2014 dibuka mulai 5 Disember 2013. Sehubungan itu, Permohonan Guru Ganti adalah menggunakan borang dan GG2014-C (individu). Muat turun borang berkenaan melalui pautan di bawah:
1. Borang Permohonan Individu: http://ppdkinta.edu.my/gg2014_c.xls
Syarat Permohonan Guru Ganti:
1. Warganegara Malaysia.
2. Sihat tubuh badan dan tidak cacat pancaindera.
3. Berumur di antara 18-30 tahun (Bukan Siswazah) atau 18-35 tahun (Siswazah); dan
4. Kelayakan di perigkat SPM seperti berikut:
Kategori Guru Ganti;
Akademik Biasa – Kepujian 4 mata pelajaran termasuk BM
Pendidikan Khas – Kepujian 4 mata pelajaran termasuk BM
Pendidikan Islam – Kepujian 4 mata pelajaran termasuk BM dan Bahasa Arab/Bahasa Arab Tinggi
Bahasa Cina – Kepujian 4 mata pelajaran termasuk BM dan Bahasa Cina
Bahasa Tamil – Kepujian 4 mata pelajaran termasuk BM dan Bahasa Tamil
Gaji diberikan berdasarkan Kadar Upah Pekerja Sambilan Harian berdasarkan Kelayakan;
Ijazah Sarjana Muda – RM100
STPM / Diploma – RM72
SPM – RM54
Kadar upah per hari.
Borang Hardcopy yang lengkap hendaklah dihantar ke;
Unit Pengurusan Sekolah (u.p Penolong PPD KGSK/GSTT/GG)
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara
Leboh Cator, 30450 Ipoh Perak
Tel; 052544877
Softcopy juga perlu di hantar ke alamat emel ; kgsk.ppdku@gmail.com
(Rename nama fail kepada No. Kad Pengenalan)
Rujuk panduan mengisi borang sebelum mengisi, panduan ada disertakan sekali dalam borang di atas.
JAWATANG KOSONG JAKIM ; RUJUK SINI
subathra a/p arunasalam