Setiap kali mesyuarat guru, Guru Besar / Pengetua akan memberi nasihat dan peringatan kepada guru-guru supaya mengikut saluran yang betul untuk menyampaikan sesuatu perkara.
Hasil tinjauan admin mendapati, benar rata-rata guru menyebut perkara ini, bahawa Guru Besar/Ketua Jabatan mereka ada memaklumkan nasihat kepada mereka.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan poster berkenaan Saluran Aduan KPM bagi memudahkan sesiapa yang ingin membuat aduan kepada mereka.

Selain daripada itu, terdapat juga saluran terus ke Unit Integriti KPM yang mana berperanan:
Enam (6) fungsi utama Unit Integriti, Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:
- Tatatertib
- Membuat tapisan tatatertib ke atas urusan perkhidmatan, kenaikan pangkat dan darjah kebesaran bagi semua warga KPM (Bahagian, Jabatan dan Sekolah);
- Mengumpul data-data kes tatatertib dan salah laku di peringkat Bahagian dan Jabatan Pendidikan Negeri; dan
- Mengurus setia dan melaksanakan prosedur tatatertib dan surcaj untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib.
- Pengukuhan Integriti
- Memastikan pelaksanaan dan penginstitusian nilai-nilai integriti dalam organisasi;
- Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan;
- Menyampaikan maklumat kepada pengurusan tertinggi mengenai perkembangan terkini isu-isu berkaitan integriti;
- Mengadakan garis panduan dan program-program kesedaran berkaitan integriti; dan
-
Memantapkan amalan nilai-nilai murni melalui tindakan pencegahan dan pendidikan.
- Pengurusan Aduan
- Menerima dan mengambil tindakan terhadap semua maklumat dan/atau aduan salah laku tatatertib dan salah laku jenayah (disalurkan ke agensi penguatkuasa) oleh penjawat awam;
- Memastikan tindakan susulan aduan dan syor siasatan dilaksanakan oleh Bahagian yang berkaitan;
- Menyalurkan aduan salah laku tatatertib dan jenayah berkaitan penjawat awam kepada SPRM atau mana-mana agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab; dan
- Menyelaras dan memproses aduan-aduan berkaitan pelanggaran integriti untuk disiasat mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh SPRM.
- Pematuhan
- Memastikan pematuhan ke atas peraturan pentadbiran dan kewangan yang berkuatkuasa di samping mengenalpasti kelemahan dalam dasar dan peraturan sedia ada;
- Memastikan kod etika jabatan dipatuhi; dan
-
Mengadakan pemeriksaan berjadual dan tidak berjadual terhadap amalan, sistem atau tatacara pentadbiran dan kewangan agar teratur selaras dengan dasar-dasar, undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
- Pengesanan dan Pengesahan
- Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku atau pelanggaran integriti warga KPM (Bahagian, Jabatan dan Sekolah);
- Melaporkan kes bersifat jenayah kepada agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab;
- Mengemukakan hasil siasatan kepada pihak urus setia tatatertib; dan
-
Semakan semula hasil siasatan oleh Bahagian/Jabatan.
- Tadbir Urus
- Memastikan tadbir urus organisasi dilaksanakan dengan efektif;
- Mencadangkan penambahbaikan serta pembaharuan kepada dasar / arahan / sistem dan prosedur dalam organisasi;
- Melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan Unit; dan
- Mengurus setiakan permohonan kerja luar, permohonan politik dan kelulusan hadiah warga Kementerian.
SUMBER: https://www.moe.gov.my/korporat/bahagian-dan-unit/unit-integriti









