Home info Duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Dilarikan Penjenayah

Duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) Dilarikan Penjenayah

2
0

Wang Bantuan Awal Persekolahan lebih RM100,000 disamun depan bank.

Pelajar di sebuah sekolah di Beranang, terpaksa berputih mata apabila wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) lebih RM100,000 telah dilesapkan penjenayah depan sebuah bank pagi tadi.

Difahamkan selepas selesai urusan tersebut pada pukul 11 pagi, pengetua terbabit meletakkan wang itu di bawah kerusi penumpang hadapan keretanya yang diparkir lebih kurang 30m dari bank.

Kemudian, dia meninggalkan kereta tersebut untuk membeli minuman di restoran bersebelahan bank.

Walau bagaimanapun selepas 15 minit dan kembali ke kereta, beliau mendapati cermin kereta belakang sebelah kanan telah dipecahkan dan wang tersebut telah hilang.

Berita lanjut menyusul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here