Bagaimana cara untuk guru hasilkan Curriculum Vitae atau ringkasannya CV. CV ini lebih kepada keterangan tentang kerjaya seseorang. Kalau CV seorang guru contohnya lengkap dengan maklumat diri, maklumat pendidikan, sejarah mengajar dan sebagainya.
Sebenarnya maklumat ini kita telah isi secara online. Oleh itu guru hanya perlu muat turun sahaja CV mereka dari laman web SPLKPM. Untuk login SPLKPM boleh ke laman web berikut:
Login di Modul Individu SPL KPM
Kalau lupa password boleh login guna SSO.
Selepas log masuk, anda tengok di kiri ada CV dibahagian bawah. Klik dan cetak CV anda, sekiranya maklumat tidak lengkap anda perlu update dan update juga di eoperasi.
Rujuk gambar di bawah:
Selepas cetak anda boleh simpan di dalam fail peribadi atau fail-fail lain yang memerlukan Maklumat peribadi.