CONTOH PENYATAAN HASRAT JQAF

    210
    0
    Tentu ramai yang mencari bagaimana contoh penyataan hasrat dan cara untuk menulis penyataan hasrat di dalam borang yang disediakan untuk temuduga j-QAF.
    Penyataan Hasrat
    Ok, pertamanya borang ini hendaklah ditulis dengan tulisan tangan calon sendiri, jangan minta orang lain tulis, tulislah dengan kemas dan jelas. Gunakan pen hitam. 
    Isi Nama, NO. K/P, KOD PUSAT TEMUDUGA dan TARIKH TEMUDUGA dengan betul.
    i) Secara ringkas nyatakan:
    a) Mengapa anda memilih profesion perguruan.
    Kebiasaanya calon menulis memilih profesion perguruan kerana minat dan cita-cita sejak kecil. (anda boleh huraikan sebab anda tersebut, tetapi jangan sampai terkeluar tajuk dan berjela-jela)
    b) Pengalaman anda dalam bidang keguruan.
    Calon boleh menulis pengalaman-pengalaman yang ada sebelum ini, tidak kisah samaada menjadi guru ganti/GSTT guru swasta, guru tadika atau apa-apa yang berkaitan dengan bidang keguruan.
    – Nyatakan dimana, bila, pengalaman anda mengendalikan murid, mengurus kelas dan sebagainya
    – Berapa tahun/bulan anda berpengalaman dalam bidang perguruan.
    ii) Sekiranya anda terpilih, apakah yang dapat anda sumbangkan terhadap bidang keguruan?
    Banyak sumbangan yang boleh anda lakukan contohnya; 
    – Mendidik sahsiah/akhlak murid
    – Memberi idea untuk meningkatkan prestasi pelajaran murid-murid
    – Memberi komitmen yang penuh untuk sekolah
    – Sanggup bekerja lebih masa dan bekerjasama dengan pihak pentadbir demi memajukan sekolah.
    – Menyumbang tenaga untuk menjadikan sekolah yang bersih dan cantik.
    – perkara lain yang anda rasakan sesuai.

    Printer Brother
    Iklan ยท Pautan afiliasi Shopee Lihat printer Brother di Shopee

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here