Mensyuarat PIBG merupakan agenda tahunan di setiap sekolah, ada yang buat pada awal tahun, ada juga di akhir tahun. Semasa mesyuarat agung PIBG ini juga, ibu bapa berpeluang untuk membawa usul masing untuk diketengahkan semasa mesyuarat.
Peranan guru dan ibu bapa sangat penting ketika mesyuarat, ibu bapa perlulah ‘aktif’ ketika mesyuarat ini berlangsung sebagai contoh memberi cadangan atau sokongan.
Guru juga berperanan penting dalam memastikan perjalanan Mesyuarat Agung PIBG ini berjalan dengan teratur, ada sesetengah sekolah menggabungkan Mesyuarat PIBG dengan Majlis Anugerah, mungkin untuk memastikan kehadiran ibu bapa lebih memberangsangkan.
Antara perkara penting yang perlu disediakan adalah Buku Program Mesyuarat Agung PIBG. Di sini admin kongsikan Contoh Buku Program Mesyuarat Agung PIBG yang boleh dijadikan rujukan kepad anda. Kepada yang ingin mendapatkannya bolehlah memuat turun di sini
Buku Program PIBG.