Virus shortcut merupakan antara virus yang merbahaya dan boleh menyebabkan kita kehilangan dokumen penting yang telah kita simpan di dalam pendrive atau komputer. Bagi cikgu kehilangan sesuatu file boleh mendatangkan masalah yang besar, kerana maklumat yang disimpan kadang kala tiada backup. Sebab itu sebagai langkah berjaga-jaga kita perlu upload dokumen kita ke simpanan maya seperti Google Drive atau Dropbox. Kalau guna akaun 1bestarinet guru akan dapat unlimited storage di Google Drive, jadi anda boleh memanfaatkannya.
Berikut dikongsikan cara untuk membuang virus shortcut ini.
Cara remove virus shortcut
1) Scan pendrive anda terlebih dahulu.
2) Taip folder option di ruangan Search dan Enter.
3) Klik Organize dan Folder and search options.
4) Klik View. Tandakan pada Show hidden files,folders and drived. Untick pada kotak Hide extensions dan Hide protected . klik Apply.
5) Buka pendrive tadi dan biarkan ia terbuka.
6) Taip cmd di ruangan Search dan Enter.
7) Taip attrib -h -r -s /s /d f:*.* dan Enter.
(f adalah lokasi pendrive anda. Jika lokasi pendrive adalah E,taip E.
Tunggu sehingga command second muncul. Apabila telah muncul, pendrive anda telah siap dibersihkan dan tidak menjadi shorcut lagi.
8) Jangan lupa untuk restore defaults semula setting tadi. Okay , dah selesai.
Atau cara lebih mudah menggunakan software Shortcut Virus Remover. Software ini hendaklah di install di pc atau laptop anda. Berikut adalah capaian untuk muat turun software tersebut.
1) Setelah memuat turun sofware tersebut, buka file .exe dan klik Pendrive.
Sumber – Unit ICT UKM