Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak secara sukarela di sekolah-sekolah rendah, menengah, institut dan Maktab Perguruan serta Institusi Pengajian Tinggi di seluruh Malaysia. Aktiviti PPIM dijalankan bertujuan untuk membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T

Puteri Islam

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) diwujudkan pada tahun 60an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) yang diilhamkan oleh YMM Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin. Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh DYMM Raja Permaisuri Agong Ke 6 Almarhummah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Rahimahallah, di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. 
VISI PPIM
Melahirkan generasi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri berikut : 
• Beriman dan berakhlak murni berdasarkan prinsip-prinsip Islam. 
• Mempunyai kesihatan diri dan mampu ;membangunkan diri secara bersepadu iaitu dari segi spiritual, intelektual, emosi, sosial dan fizikal. 
• Mempunyai rasa kasih dan hubungan silaturrahim sesama puteri dan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Kepada guru-guru Penasihat Pergerakan Puteri Islam yang ingin dapatkan Buku Panduan Puteri Islam bolehlah dapatkannya di bawah: