Benarkah Masalah Saraf Kerana Ditampar Ustazah?

    16
    0
    Sebelum itu kita baca dahulu kisah yang disiarkan di Harian Metro.

    Kota Bharu: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga terlantar di hospital akibat masalah saraf selepas mendakwa ditampar guru wanita di sekolah menengah di Tanah Merah, Selasa lalu.

    Dalam kejadian jam 8.30 pagi, itu, Siti Nursyahida Zulkifli, 15, mendakwa ditampar di belakang kepalanya tiga kali selepas didakwa mencukur keningnya. 

    Akibat kejadian itu, anak sulung daripada empat beradik itu dibawa di Hospital Tanah Merah (HTM) sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini rawatan lanjut selepas mengalami masalah saraf. 

    Printer Brother

    Printer Brother yang boleh print depan belakang dengan mudah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Tidur Perempuan Paling Murah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Kedah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Murah

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Baju Kurung Widuri Cantik

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Telefon Pintar Infinix 5G Murah

    Apabila ada kisah yang hangat begini, kita perlu selidik dulu perkara sebenar, betulkah ia berpunca daripada Ustazah yang tamparnya? Kuat betul Ustazah tersebut. Pihak KPM, JPN dan PPD sedang menyiasat secara terperinci bagi mendengar jawapan kedua-dua belah pihak.
    Jangan cepat menilai ia salah guru. Di sini juga ada komen daripada beberapa orang guru berkenaan hal tersebut.

    Menurut komen di atas, pelajar tersebut pernah patah tengkuk sebelum ini. Dan mungkin juga itu punca sebenar sehingga melibatkan saraf..
    Oleh yang demikian, kita tidak boleh meletakkan kesalahan 100% kepada guru terbabit tanpa melihat apakah punca sebenar kecederan di kepalanya. Diharapkan kes ini diteliti dengan baik dan telus oleh pihak polis dan Kementerian Pendidikan. Apapun kita tunggu sehingga siasatan selesai.

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here