Analisa Pertukaran Guru Januari 2014

    3
    1

    Keputusan Pertukaran guru menjadi perkara penting bagi setiap guru yang telah memohon. Ada yang telah memohon berkali-kali tetapi masih lagi bukan rezeki mereka. Apapun jangan putus asa untuk terus berdoa. Mungkin ada hikmah yang lebih besar yang kita sendiri tidak terfikir oleh minda kita. Bagi yang sedang menunggu keputusan egtukar bagi sesi Januari diharap dapat bersabar dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan. Banyak sekali kedengaran rungutan dari guru-guru berkenaan e-gtukar, terpaksa berjauhan dengan suami atau isteri tercinta, berjauhan dengan anak-anak, sehinggakan ada yang tertekan dan tidak dapat memberi tumpuan kepada tugasnya. Mari kita lihat statistik analisa pertukaran guru pada sesi Januari 2014 ini.
    Bagi sekolah rendah:
    Jika dilihat dari statistik ini negeri Kelantan menjadi negeri paling ramai yang ingin masuk iaitu 2466 orang. tetapi yang memohon untuk keluar hanya 125 orang sahaja. Jadi berapa % kah yang akan berjaya ? 
    Kita lihat pula bagi permohonan sekolah menengah:
    Seperti biasa juga Negeri Kelantan menjadi negeri tertinggi permohonan masuk, seramai 2318 permohonan masuk dan 65 orang permohonan keluar. Antara lain negeri-negeri yang menjadi pilihan adalah Negeri Selangor, Terengganu dan Perak.
    Sama-sama kita berdoa agar dipermudahkan segala urusan, agar dapat menjalankan tugas sebagai seorang guru dengan baik.

    1 COMMENT

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here