Hiburan merupakan suatu kemestian dalam kehidupan seseorang. Setiap individu mempunyai cara berhibur tersendiri. Muzik contohnya, adalah salah satu hiburan yang amat rapat dengan manusia. Muzik seakan-akan tidak lekang dalam kehidupan kita sehari-harian.

Muzik dapat mempengaruhi perilaku manusia. Beberapa kajian menunjukkan, perkembangan mental kanak-kanak berumur 3-4 tahun yang didedahkan dengan unsur muzik dan alat muzik sejak awal lebih aktif. Hal ini kerana muzik akan merangsang pembentukan sel-sel otak seterusnya berkembang lebih cepat sehingga meningkatkan kemampuan kognitif mereka.

Menurut Centre of Developing child Harvard University, excecutive functions adalah fungsi yang berkembang sejak awal pada diri manusia mampu mengakses maklumat, mengingati arahan, menumpukan perhatian dan mampu menggerakkan individu menjadi multitasking.

Fungsi-Fungsi ini sangat penting dalam perkembangan kanak-kanak dan mampu mempengaruhi otak. Pengaruh muzik juga mampu mengaktifkan perkembangan prefrontal cortex, bahagian yang menjadi pusat perkembangan excecutive functions. Maka didalam hal ini apa yang didengari oleh individu mampu mempengaruhi tingkah lakunya seharian.

Hubungan Akta Penyiaran dan kandungan unsur Pornografi dalam Muzik

Di dalam etika  dan akta-akta Komunikasi Penyiaran Malaysia terdapat ciri ciri siaran hiburan yang tidak boleh disiarkan. Antaranya melarang senikata yang mengghairahkan, tidak bersopan, biadap dan lucah. Senikata yang menggalakkan tingkahlaku liar seperti kebebasan seks, penagihan dan penyalahgunaan dadah dan ganas

Baru baru ini Masyarakat Malaysia telah dipopularkan dengan 2 buah lagu iaitu DESPACITO dan SHAPE OF YOU. Kedua dua lagu ini secara umumnya menceritakan dan mengambarkan perlakuan lucah.

Despacito lucah

Adakah pihak berwajib tidak menyemak atau mengawal lagu lagu yang di kumandangkan ? Goodbye Pornography dan Mothers Against Pornography menyeru agar pihak berwajib menyemak kembali kandungan lagu-lagu yang disiarkan. Terutama lagu-lagu dari negara luar.

DESPACITO dan SHAPE OF YOU, merupakan contoh lagu-lagu yang mengajak kepada seks bebas. Kandungan liriknya ternyata mempunyai unsur-unsur pornografi. Jangan kerana muziknya sedap didengar maka semuanya diterima.

“ Ala…lagu jer…..bukan apa pun, just dengar dan happy. “ Ramai beranggapan sebegini.

Namun sedar atau tidak, keinginan untuk mengetahui apa yang terkandung dalam setiap lirik lagu akan dizahirkan. Bayangkan jika lirik-lirik ini diterokai oleh kanak kanak. Secara tidak langsung gejala pornografi dan seks bebas akan berkembang.

Generasi kini amat bijak dan cepat dalam muzik. Muzik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan. Maka perkara ini akan merebak lebih teruk jika tidak dibendung daripada sekarang.

Maka Goodbye Pornography menyarankan beberapa langkah dan menyeru pihak yang berautoriti menjalankan tanggungjawabnya bagi mengekang virus yang boleh merosakkan mental generasi muda Malaysia. Antara langkah yang boleh diambil ialah:

  • Menguatkuasakan undang undang penyiaran dan hiburan mengikut ciri ciri yang telah ditetapkan di dalam akta penyiaran dan komunikasi Malaysia dengan lebih telus dan tegas.
  • Melakukan semak semula dan audit setiap muzik dan lagu yang disiarkan.
  • Melaksanakan program berbentuk kesedaran bahaya PORNOGRAFI (Goodbye Pornography) kepada masyarakat terutama pelajar, belia dan Ibu ayah agar cakna dengan kesan buruk pornografi dalam kehidupan semasa.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN

Ayuh bersama Goodbye Pornography

Caranya

  1. Follow insta cikgufadhli
  2. Like fb page Mualim Mohd Fadhli
  3. Dapatkan maklumat
  4. Tularkan

#goodbyepornography
#mothersagainstpornography

HASIL NUKILAN:

SPEAKER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY

MOHD FADHLI BIN OTHMAN

0137001920

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u
SILA KONGSIKAN KEPADA RAKAN-RAKAN DENGAN MENEKAN BUTANG DI BAWAH: