Penggunaan telefon pintar di kalangan pelajar menjadi keperluan pada masa kini khususnya untuk menjalani sesi PdPr di rumah.

Namun begitu, perlu dipastikan bahawa peranti yang digunakan dapat bertahan lama dan tidak membahayakan pengguna. Sekiranya terlalu lama digunakan boleh menyebabkan telefon menjadi panas dan boleh terbakar.

Seorang warganet semalam melaporkan bahawa peranti yang digunakan anak buahnya telah terbakar semasa sesi PdPr sedang berlangsung.

Gambar Handphone yang dikatakan baru diterimanya kurang sebulan itu dimuat naik ke media sosial dalam keadaan telah pun terbakar.

Perkara ini juga telah menarik perhatian YB Syed Saddiq di twitter beliau.

Handphone yes terbakar

Semoga anak-anak berhati-hati dalam menggunakan telefon pintar terutamanya semasa sesi Pdpr. Sekiranya terlebih waktu perlu segera menutupnya untuk mengelakkannya terlalu panas sekaligus dapat menghindarinya daripada terbakar.

Perkara ini sedang disiasat untuk memastikan adakah benar ia berpunca dari penggunaan semasa pdpr atau bukan.