Kementerian Pendidikan Malaysia dalam sidang media Menteri Kanan Pendidikan Dr. Radzi Jidin  sebentar tadi telah mengumumkan:

Tingkatan 1 hingga 4 : 15 Julai 2020 Rabu

Tahun 5 dan 6 : 15 Julai 2020 Rabu

Tahun 1 hingga 4 : 22 Julai 2020 Rabu

Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Bagi Mudd Bukan Kelas
Peperiksaan Awam

Sudah pasti guru, mudd dan ibu bapa tertanya-tanya bilakah tarikh
pembukaan penuh sekolah.

Berdasarkan penilaian ke atas kesiapsiagaan dan persiapan pembukaan semula sekolah, kami yakin bahawa semua sekolah
telah bersedia untuk dibuka semula. Pentadbir sekolah juga telah
membuat perancangan teliti bagi menguruskan kemasukan murid 
sepenuhnya.

Namun, dalam membuat keputusan mengenai pembukaan semula sekolah, KPM sentiasa merujuk kepada KKM dan MKN.

Berdasarkan situasi semasa penularan wabak COVID-19, KKM
dan MKN bersetuju bahawa pembukaan penuh sekolah boleh
dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Setelah mengambil kira saranan KKM dan MKN, KPM menetapkan supaya pembukaan semula sekolah untuk mudd bukan kelas
peperiksaan awam dilaksanakan secara berperingkat.

Bagi sekolah menengah, murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 serta murid Kelas Peralihan akan kembali ke sekolah bermula pada
hari Rabu. 15 Julai 2020.

Untuk sekolah rendah pula, murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan kembali ke sekolah pada hari Rabu, 15 Julai 2020. Manakala, tarikh
pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4
adalah pada had Rabu, 22 Julai 2020.

Bagaimana pula dengan kemasukan murid Tingkatan 6 Semester
1 Tahun 2020? Untuk makluman, keputusan penawaran kemasukan Calon lepasan SPM 2019 ke tingkatan 6 Semester 1 Tahun 2020 boleh disemak mulai hari ini melalui portal KPM.

Murid akan mendaftar pada had Rabu, 15 Julai 2020.

Tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua
sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan
mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

Bagi sekolah yang tldak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga
disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang
ditetapkan.

Kami juga banyak menerima pertanyaan bilakah pusat tuisyen,
pusat bahasa, pusat perkembangan dan sebagainya boleh dibuka
semula.

KPM ingin memaklumkan bahawa semua Institusi
Pendidikan Swasta di bawah kategori pusat yang berdaftar dengan
KPM boleh dibuka semula pada had Rabu, 15 Julai 2020.

Model Pembukaan Sekolah

Model 1 : 1 Sesi

Model 2 : 2 Sesi

Model 3 : Penggiliran