TARIKH BAHARU PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK) KHAS TINGKATAN 1 DAN PKSK TINGKATAN 4 TAHUN 2020

Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 9 Tahun 2020 bertarikh 1 September 2020 adalah berkaitan.

Adalah dimaklumkan bahawa Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang telah ditangguhkan sebelum ini akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang melibatkan seluruh negara telah dijadualkan semula pelaksanaannya pada ketetapan seperti berikut :

PKSK Khas Tingkatan 1: 20 Januari 2021 — 29 Januari 2021

PKSK Tingkatan 4: 15 Februari 2021 — 25 Februari 2021

Semakan Pusat PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4: Bermula 8 Januari 2021

Alamat URL Semakan Tingkatan 1: https://spsktl.moe.gov.my
Alamat URL Semakan Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my 


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


MAKLUMAN TARIKH BAHARU PELAKSANAAN PKSK

Oleh yang demikian, semua calon PKSK Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 yang
belum menduduki pentaksiran ini dimohon untuk membuat semakan semula pusat PKSK seperti ketetapan yang dinyatakan dan membuat cetakan slip menduduki PKSK serta mematuhi ketetapan tarikh, masa, sesi dan tempat pentaksiran yang telah ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Datuk/Dr./Tuan/Puan dimohon untuk mengambil maklum tentang tarikh baharu pelaksanaan pentaksiran tersebut serta memaklumkan kandungan surat ini kepada semua pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pengetua dan guru besar di bawah kawalan YBhg. Datuk/Dr.fTuan/Puan.

Sebarang masalah berkaitan dengan perkara di atas YBhg.
Datuk/Dr.Tuan/Puan boleh berhubung dengan nombor- nombor berkaitan untuk maklumat lanjut.
i) Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh — 03 – 8321 7400
ii) Bahagian Pendidikan Islam — 03 — 8321 7200
iii) Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknik Vokasional — 03 — 8884 5154
iv) Maktab Tentera Diraja — 03 — 8946 5562