SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BILANGAN 5 TAHUN 2022 KALENDAR AKADEMIK SESI 2023/2024 BAGI SEKOLAH KERAJAAN DAN SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Surat siaran ini bertujuan memaklumkan berkenaan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 bagi Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
KPM ingin memaklumkan bahawa Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 akan bermula pada19 Mac 2023 hingga O9 Mac 2024 bagi sekolah di negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan pada 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 bagi sekolah di negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya) seperti dalam Lampiran A dan Lampiran B.
KPM juga telah menyelaras tarikh-tarikh cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan 2023/2024 yang melibatkan perayaan Hari Raya Aidilftri, Tahun Baru
Cina, Hari Deepavali, Hari Raya Qurban, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Hari Krismas.
Maklumat terperinci berhubung cuti perayaan bagi sesi persekolahan 2023/2024 adalah seperti dalam Lampiran C. Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Hari Raya Aidilfiti, Hari Raya Qurban, Hari Deepavali dan Tahun Baru Cina.
Peruntukan cuti tambahan berkenaan tidak perlu diganti.
Muat Turun Takwim 2023/2024 PDF KPM: https://t.me/pendidik2u/7004