KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PEMAKLUMAN MENGENAI PENGOPERASIAN TADIKA SWASTA DAN PUSAT PERKEMBANGAN MINDA BAGI MURID BERUMUR
EMPAT HINGGA ENAM TAHUN DI NEGERI FASA 1 DAN FASA 2 PELAN PEMULIHAN NEGARA.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merujuk kepada pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia pada 15 September 2021 berkaitan pengoperasian tadika swasta dan pusat perkembangan
minda bagi murid berumur empat (4) hingga enam (6) tahun di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

KPM mendapati masih terdapat kekeliruan berkaitan pengoperasian tadika swasta dan pusat perkembangan minda bagi murid berumur empat (4) hingga enam (6) tahun di negeri tersebut.

KPM ingin menjelaskan bahawa semua tadika swasta, tadika di sekolah swasta, tadika di sekolah antarabangsa dan tadika di sekolah ekspatriat serta pusat perkembangan minda bagi murid berumur empat (4) hingga enam (6) tahun di negeri Fasa 1 dan Fasa 2 telah dibenarkan beroperasi
mulai 17 September 2021 untuk anak-anak yang ibu bapa/penjaga bekerja.

Pengoperasian ini tertakluk kepada kapasiti bilik darjah dengan penjarakan fizikal yang ditetapkan.
KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik.

Pengoperasian Tadika Swasta

Semoga dengan penjelasan ini dapat merungkai kekeliruan pihak pengusaha tadika swasta dan ibu bapa. Namun begitu, kebanyakan tadika di Fasa 1 masih lagi belum dibuka sepenuhnya kerana mengambil langkah berhati-hati dan meneruskan sesi pembelajaran secara maya PDPR.