SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN
BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021 DALAM TEMPOH PELAKSANAAN PENUTUPAN PENUH (TOTAL LOCKDOWN) FASA PERTAMA SELURUH NEGARA

A. KEHADIRAN BERTUGAS KE SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN/JPN/PPD

1. Adakah pegawai dan Anggota Perkhidmatan Bukan Guru perlu hadir untuk memastikan pejabat sekolah/institusi pendidikan/JPN/PPD beroperasi dalam tempoh total lockdown fasa pertama?
Tidak. Walau bagaimanapun, kehadiran ke pejabat hanya dibenarkan bagi proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan tidak melebihi 20 peratus kehadiran keseluruhan bagi tujuan berikut:

a) penyediaan kertas/dokumen melibatkan Jemaah Menteri;
b) pembayaran/kontrak/invois/gaji;
c) pengurusan teknikal ICT bagi tujuan penyelenggaraan
sistem dan mesyuarat dalam talian; atau
d) penyelenggaraan/keselamatan premis.

Kehadiran tersebut hendaklah mematuhi tatacara berikut:
a) penggiliran kakitangan bagi tempoh maksimum empat (4) jam;
b) kehadiran ke pejabat perlu disertai dengan dokumen arahan rasmi dan pas pekerja; dan
c) pematuhan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5/2020- Dasar Bekerja Dari Rumah (PP 5/2020).

2. Adakah guru/pensyarah boleh hadir ke sekolah/institusi pendidikan dalam tempoh total lockdown fasa pertama?
Tidak.

3. Adakah Pengetua/Guru Besar (PGB)/Pengarah Institut Pendidikan Guru (IPG)/Pengarah Kolej Matrikulasi (KM)/ Pengarah Kolej Vokasional (KV) perlu hadir bertugas sepenuh masa dalam tempoh total lockdown fasa pertama?
Tidak. Walau bagaimanapun, kehadiran PGB/Pengarah adalah untuk mengurus dan menyelesaikan urusan kewangan, keselamatan dan kebersihan. PGB/Pengarah boleh merancang penggiliran dengan Guru Penolong Kanan/Timbalan Pengarah mengikut kesesuaian skop tugas yang dijalankan.

4. Adakah pegawai/Anggota Perkhidmatan Bukan Guru yang BDR dibenarkan membawa pulang dokumen bagi mengelakkan tugasan tertangguh?
Ya, dengan mematuhi ketetapan berikut:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


a) mengurus dokumen berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Jabatan Perdana Menteri;
b) menjaga keselamatan dan kerahsiaan dokumen Kerajaan;
c) memastikan semua dokumen Kerajaan sama ada dalam bentuk salinan cetak dan salinan elektronik disimpan dengan sempurna dan diletakkan di tempat yang
selamat; dan
d) mematuhi kehendak Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88), Arahan Keselamatan dan apa-apa peraturan, pekeliling, garis panduan atau arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

5. Adakah pegawai/Anggota Perkhidmatan Bukan Guru yang BDR boleh hadir ke pejabat/sekolah/institusi pendidikan jika menghadapi kesukaran capaian internet di rumah
dalam tempoh total lockdown fasa pertama?
Tidak.

6. Adakah pegawai/Anggota Perkhidmatan Bukan Guru boleh memohon cuti rehat semasa tempoh BDR?
Ya. Tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

7. Adakah pegawai/Anggota Perkhidmatan Bukan Guru boleh melakukan sebarang urusan peribadi dalam waktu kerja BDR?
Tidak. Perkara ini tertakluk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil.5 Tahun 2020 – Dasar Bekerja Dari Rumah. Tindakan tatatertib boleh dikenakan sekiranya pekeliling ini tidak dipatuhi.

8. Adakah mesyuarat/perbincangan secara bersemuka boleh dilaksanakan?
Tidak. Semua mesyuarat/perbincangan dilaksanakan secara dalam talian melalui medium yang selamat dan terjamin kerahsiaan.

9. Adakah perkhidmatan kaunter dibuka dalam tempoh total lockdown fasa pertama?
Tidak. Segala urusan perkhidmatan kaunter adalah melalui
perkhidmatan dalam talian.

Soalan-soalan lazim yang lain boleh dibaca di bawah.

SOALAN LAZIM PELAKSANAAN PENUTUPAN PENUH I (TOTAL LOCKDOWN) FASA PERTAMA SELURUH NEGARA