SOALAN LAZIM (FAQ) PENGURUSAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERMULA CUTI HARI RAYA AIDILFITRI SEHINGGA
CUTI PERTENGAHAN TAHUN BAGI TAHUN 2021

CUTI PERSEKOLAHAN SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

1. Bilakah murid akan mula bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri?
Murid akan bercuti Hari Raya Aidilfitri pada 11 Mei 2021 sehingga 15 Mei 2021 bagi negeri Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 11 Mei 2021 sehingga 16 Mei 2021 bagi negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau
Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya).

2. Adakah sekolah dibenarkan memohon cuti peristiwa sebelum tarikh cuti Hari Raya Aidilfitri?
Ya.

3. Adakah sekolah dibenarkan memohon cuti ganti sekiranya peruntukan cuti peristiwa sudah digunakan?
Ya.

4. Bilakah cuti peristiwa/cuti ganti sempena Hari Raya Aidilfitri yang dibenarkan untuk dimohon oleh pihak sekolah?
Tarikh cuti peristiwa/cuti ganti yang dibenarkan untuk dimohon adalah
pada 9 dan 10 Mei 2021.

5. Adakah sekolah boleh memohon cuti peristiwa/cuti ganti selepas cuti Hari Raya Aidilfitri?
Tidak.

6. Sekiranya sekolah telah mendapat kelulusan cuti peristiwa/cuti ganti selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, bagaimanakah status cuti tersebut?
Kelulusan cuti akan dibatalkan.

CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2021

7. Bilakah Cuti Pertengahan Tahun 2021 bermula?
Cuti Pertengahan Tahun bermula pada 28 Mei 2021 sehingga 12 Jun 2021 bagi negeri Kumpulan A dan 29 Mei 2021 sehingga 13 Jun 2021 bagi negeri Kumpulan B.

8. Bilakah sesi persekolahan secara bersemuka bermula?
Sesi persekolahan secara bersemuka bermula pada 13 Jun 2021 bagi negeri Kumpulan A dan 14 Jun 2021 bagi negeri Kumpulan B.

KEBENARAN RENTAS NEGERI

9. Adakah guru dibenarkan merentas negeri untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri?
Berdasarkan ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

10. Sekiranya kebenaran rentas negeri diberi, adakah guru perlu kembali ke stesen selepas cuti Hari Raya Aidilfitri bagi melaksanakan sesi PdPR?
Ya.

11. Adakah ibu bapa/penjaga perlu mendapatkan surat kebenaran polis untuk merentas negeri bagi menjemput anak/anak jagaan mereka di asrama?
Tidak. Surat pengesahan bagi tujuan pergerakan ibu bapa/penjaga merentas negeri/zon akan dikeluarkan oleh pihak sekolah.

PENGURUSAN PERGERAKAN MURID ASRAMA PULANG SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

12. Bilakah murid asrama dibenarkan pulang ke rumah?
Bagi negeri Kumpulan A, murid asrama dibenarkan pulang secara berperingkat mulai 6 Mei 2021 manakala bagi negeri Kumpulan B mulai 7 Mei 2021.

13. Adakah murid yang tinggal di asrama dibenarkan pulang ke rumah semasa cuti Hari Raya Aidilfitri?
Ya, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pengurusan
Murid Asrama Pulang Hari Raya Aidilfitri yang dikeluarkan oleh MKN
pada 26 April 2021.

14. Bilakah murid asrama yang akan kembali ke Sarawak dibenarkan
pulang?
Bermula 29 April 2021 dan berdasarkan tiket penerbangan.

15. Adakah murid asrama di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibenarkan pulang?
Tidak, sehingga tempoh PKPD ditamatkan.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


16. Adakah murid asrama yang sedang dalam tempoh kuarantin dibenarkan pulang?
Tidak, sehingga tempoh kuarantin berakhir.

17. Bagaimanakah pergerakan murid asrama pulang ke rumah?
Murid dibenarkan pulang melalui kaedah berikut:
a) menaiki bas yang disediakan oleh pihak sekolah;
b) dijemput oleh ibu bapa/penjaga;
c) menggunakan pengangkutan udara atau air (Sabah, Sarawak
dan Wilayah Persekutuan Labuan); atau
d) menggunakan kenderaan sendiri (hanya untuk pelajar Kolej
Tingkatan Enam (KTE) dan pelajar Kolej Vokasional (KV)).

18. Berapa ramai ahli keluarga dalam satu kenderaan dibenarkan untuk menjemput anak/anak jagaan di asrama?
Hanya dua (2) orang sahaja dalam kalangan ibu bapa/penjaga
dibenarkan dalam setiap kenderaan.

19. Bagaimanakah pergerakan murid asrama pulang ke rumah dengan menaiki bas yang disediakan oleh sekolah?
Pergerakan murid adalah seperti berikut:
a) pihak sekolah akan menyediakan bas untuk menghantar murid ke lokasi (drop off point) yang ditetapkan;
b) pihak sekolah akan menyediakan maklumat berkenaan jadual pergerakan murid dari asrama ke lokasi; dan
c) ibu bapa/penjaga boleh mengambil anak/anak jagaan di lokasi tersebut.

20. Bagaimanakah sekiranya ibu bapa/penjaga tidak dapat menjemput anak/anak jagaan di lokasi (drop off point)?
Ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah. Murid
akan dihantar pulang menaiki bas yang disediakan oleh JPN/PPD.

21. Adakah murid asrama dibenarkan pulang sendiri menaiki kenderaan awam?
Tidak, kecuali murid yang menggunakan pengangkutan udara atau air
(Sabah, Sarawak dan WP Labuan).

22. Siapakah yang akan menguruskan kebajikan murid asrama di kawasan yang melaksanakan PKPD atau yang sedang dalam tempoh kuarantin di asrama?
Pihak sekolah menguruskan keperluan makan, minum dan kebajikan murid dengan pemantauan PKD.

23. Adakah ibu bapa/penjaga boleh melawat anak/anak jagaan di kawasan yang melaksanakan PKPD atau yang sedang dalam tempoh kuarantin?
Tidak.

24. Adakah ibu bapa/penjaga dibenarkan mengambil anak/anak jagaan di kawasan yang melaksanakan PKPD atau yang sedang dalam tempoh kuarantin di asrama sekiranya terdapat kes kecemasan seperti sakit dan kematian?
Ya, dengan mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM. Wakil keluarga boleh menghubungi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

25. Adakah semua murid dibenarkan kembali ke asrama apabila sesi persekolahan secara bersemuka bermula pada 13 Jun 2021 bagi negeri Kumpulan A dan 14 Jun 2021 bagi negeri Kumpulan B?
Murid yang sihat sahaja dibenarkan kembali ke asrama dengan syarat
mereka dan ahli keluarga yang tinggal serumah tidak dalam tempoh
menjalani kuarantin atau tiada kontak rapat.

PELAKSANAAN PdPR SELEPAS CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

26. Bilakah tarikh guru dan murid perlu melaksanakan PdPR?
Bagi negeri Kumpulan A, PdPR bermula pada 16 Mei hingga 27 Mei
2021 manakala bagi negeri Kumpulan B, PdPR bermula pada 17 Mei
hingga 28 Mei 2021.

27. Bagaimanakah PdPR ini dilaksanakan?
PdPR boleh dilaksanakan mengikut kesediaan dan kesesuaian guru
dan murid. Guru diberi pilihan melaksanakan PdPR dari stesen tempat
bertugas atau sekolah mengikut keperluan.

28. Adakah guru perlu mengemukakan sijil cuti sakit atau surat penjelasan jika mereka tidak dapat melaksanakan PdPR?
Ya.

29. Adakah guru yang disahkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin di rumah perlu melaksanakan PdPR?
Tidak.

30. Adakah guru yang diarahkan kuarantin di rumah oleh KKM perlu
melaksanakan PdPR?
Ya.

31. Adakah pelaksanaan kelas tambahan semasa tempoh pelaksanaan
PdPR dan Cuti Pertengahan Tahun 2021 dibenarkan?
Tidak.


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2 MEI 2021