Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memantau situasi penularan wabak COVID-19 yang melibatkan institusi pendidikan di bawah KPM. Namun, sebarang keputusan yang dibuat oleh KPM adalah berdasarkan penelitian terhadap data yang ada serta perbincangan terperinci dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sejak sekolah dibuka semula mulai 24 Jun 2020, sebarang keputusan untuk menutup kelas atau menutup sekolah adalah berdasarkan arahan daripada KKM. Di sepanjang tempoh ini, sekiranya Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mengesan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah, PKD akan membuat analisa risiko secara menyeluruh ke atas jangkitan kes berkenaan.

SEKOLAH DITUTUP SEBAB COVID


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Berdasarkan analisa risiko ini, KKM melalui PKD akan mengeluarkan arahan sama ada, untuk kelas, tingkat dan bangunan ditutup ataupun keseluruhan sekolah perlu ditutup.

Merujuk kepada kes positif COVID-19 di Sekolah Kebangsaan Presint 8 (1), Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sekolah Kebangsaan Bangsar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, arahan telah dikeluarkan oleh PKD supaya kedua-dua sekolah ini ditutup bermula pada 9 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020.

Keputusan ini melibatkan sejumlah 2,978 murid sekolah rendah dan 211 guru dan kakitangan. Penutupan ini dibuat berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengawal penularan wabak COVID-19 dan membolehkan kerja-kerja pembersihan, disinfeksi dan pengesanan kontak rapat dijalankan.

Memandangkan terdapat trend peningkatan kes, Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pagi ini telah mengambil keputusan bahawa mana-mana sekolah di seluruh negara yang mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup oleh KPM untuk tempoh tujuh hari tanpa menunggu analisa risiko oleh KKM. lni bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan, disinfeksi dan pengesanan kontak rapat dijalankan oleh KKM.

Dalam hal ini, sekolah-sekolah yang mempunyai kes positif COVID-19 perlulah mematuhi garis panduan penutupan sekolah yang akan dikeluarkan oleh KPM.

Sementara itu, murid-murid sekolah berasrama penuh yang berada di zon merah hendaklah kekal berada di asrama. Murid di asrama sekolah yang terletak di zon hijau tetapi rumah keluarga mereka di zon merah,juga perlu kekal tinggal di asrama. Pihak sekolah akan menguruskan keselamatan dan kebajikan murid-murid berkenaan di asrama.

Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pentadbir sekolah diarah memastikan guru­ guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah. Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.