SUNGAI BESAR – Semua sekolah di Kedah dan Perlis yang ditutup berikutan penularan koronavirus (Covid-19) tidak dibenarkan dibuka sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari.

Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menentukan tempoh sebenar sekolah terbabit ditutup.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


“Selagi tidak mendapat persetujuan dan nasihat daripada KKM dan MKN, selagi itulah sekolah akan terus ditutup,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Konvoi Info On Wheels (IOW) Merdeka 2020 Negeri Selangor di Dataran Tonggak 9 Stadium Sungai Besar, di sini hari ini.

“Sesi pembelajaran kembali semula secara dalam talian dan kita telah maklumkan kepada semua guru supaya mengedarkan bahan cetak melalui pelbagai kaedah seperti hantar ke rumah murid,” katanya.

Sinar Harian