Permohonan Mengikuti Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) Ambilan Tahun 2022.

Iklan permohonan akan dibuka mulai 31 Mei hingga 8 Ogos 2021. Proses sokongan Ketua Jabatan akan berakhir pada 15 Ogos 2021.

Permohonan npqel

Syarat Umum

(a) Telah disahkan dalam perkhidmatan;

(b) Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya 85% berdasarkan wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)/Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) tiga (3) tahun terakhir;

(c) Bebas daripada tindakan tatatertib;

(d) Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh tidak melebihi lima (5) tahun;

(e) Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan

(f) Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan.

Syarat Khusus

(a) Bagi calon Pengetua:

● Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48 bagi urusan penempatan pemangkuan; atau

● telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52/ DG54(KUP) bagi urusan penempatan setara/ hakiki.

(b) Bagi calon Guru Besar:

● Telah dinaikkan pangkat ke Gred DG32/ DG34 atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DG29 bagi Calon Guru Besar SKM (B) untuk urusan penempatan pemangkuan; atau

● telah dinaikkan pangkat ke Gred DG32/ DG34/ DG38/ DG41(Ex-PPPLD)/ DG42/ DG44/ DG48(KUP) bagi urusan penempatan setara/ hakiki.

(c) Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu:
● Pengetua: Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam;
● Guru Besar: Bidang Umum/Cina/Tamil;


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


(d) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berkhidmat sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang)/ Penolong Kanan (termasuk Penolong
Kanan yang dilantik secara pentadbiran di SKM(B)/ jawatan-jawatan pentadbiran di PPD/ JPN/ Bahagian/ Institut Aminuddin Baki/ Institut Pendidikan Guru/ Kolej
Matrikulasi;

(e) Mempunyai baki tempoh perkhidmatan sekurang-kurangnya lima (5) tahun sebelum bersara bagi penempatan ke jawatan PGB (tertakluk kepada tarikh kekosongan); dan

(f) Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2013).

Surat permohonan, 

BIL.    PERKARA
 1    pdfSurat Permohonan (2.06 MB)
 2    pdfLampiran A: Syarat-syarat Permohonan (200 KB)
 3    pdfLampiran B: Senarai Jawatan Pentadbiran (201 KB)
 4    pdfLampiran C: Keperluan Calon NPQEL Tahun 2022 Mengikut Bidang (114 KB)