Isu LGBT merupakan isu yang telah lama sebenarnya, namun begitu ia mula mendapat liputan media terutamanya selepas peralihan kuasa pentadbiran putrajaya.

Apa Maksud LGBT?

Kumpulan LGBT atau singkatan kepada Lesbian, Gay, Biseksual, Dan Transgender. Mereka ini merasakan diri mereka didiskriminasikan oleh masyarakat, dan terdapat juga beberapa aktivis yang memperjuang hak-hak mereka. Mereka juga mempunyai kumpulan komuniti agak ramai yang turut mahukan sesuatu untuk diberi sama rata.

Golongan LGBT menuntut apa?

Undian lgbt

Tentu kita tertanya bukan, apa yang Kumpulan LGBT ini mahukan.

Adakah sama seperti yang berlaku di negara barat, seperti menuntut pengiktirafan perkahwinan sejenis?

Yang kita selalu dengar mereka mahukan golongan mereka diiktiraf. Tetapi apakah yang mereka mahu diberi pengiktirafan?

Beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Agama sebelum ini, iaitu menggesa masyarakat tidak mendiskriminasi golongan ini, mereka juga ada hak sebagai warganegara, dalam pendidikan, pekerjaan dan perubatan.

Nampak janggal juga tuntutan ini, kerana kita tengok ada sahaja orang ‘pondan’ di IPTA/S, ada sahaja yang bekerja, naik pengangkutan awam, pergi mendapatkan rawatan di hospital kerajaan/ swasta.

Dan kalau dia dari golongan Gay, kita pun tak tahu statusnya jika dia tidak mengistiharkan dirinya, atau menunjukkan ciri-ciri tersebut.

Mak Nyah Masuk Tandas Mana?

Soalan ini popular di media sosial, bahkan wartawan pun ajukan soalan ini kepada Menteri.

Jika kita tanya pada wanita, anda bagi tak mereka masuk tandas perempuan? Majoriti berkata, mana mungkin ‘lelaki’ boleh masuk sesuka hati ke tandas perempuan.

Jika begitu adakah mereka masuk tandas lelaki?
Berdasarkan pemerhatian dan tinjauan pendapat, ada yang masuk ke tandas lelaki, iaitu ketika mana mereka berpakaian tidak kearah keperempuanan sangat, dan mereka akan masuk ke tandas perempuan apabila mereka berpakaian seperti perempuan.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Pandangan masyarakat terhadap golongan LGBT

Secara umumnya masyarakat memandang golongan ini sebagai manusia yang jijik, melakukan perkara yang dilaknat, terkutuk, dan perlu dijauhi.

Ya, itulah pandangan umum masyarakat, golongan ini dipandang begitu bukan kerana apa, ia kerana jalan yang mereka pilih itu salah, berlawanan dengan fitrah dan mengundang bala Allah.

Jika ditanya apakah hak yang patut diberikan kepada mereka, jawapannya ialah hak untuk bertaubat dan diberi didikan untuk kembali ke jalan Islam yang sebenar. Itulah hak yang sebenar yang perlu diberikan. Bukan memberi hak kepada mereka untuk masuk ke tandas wanita.

Sebagai rakyat Malaysia. Adakah perlu kita menerima tuntutan dan mengiktiraf golongan LGBT? Anda boleh jawab pada poll / Undian di bawah, sebarang pendapat boleh kemukakan di ruang komen.

 

Adakah perlu kita menerima tuntutan dan mengiktiraf golongan LGBT?

View Results

Loading ... Loading ...