Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) yang telah diasaskan pada tahun 2010 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), merupakan sebuah organisasi bebas tidak berkeuntungan dan inisiatif sosial yang mempunyai cita-cita dan misi untuk menyokong usaha-usaha KPM bagi meningkatkan prestasi pendidikan di negara kita.

LATAR BELAKANG PROGRAM
Program Teach For Malaysia (TFM) merupakan salah satu inisiatif dalam Rancangan Malaysia Ke-10 yang bertujuan membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Program ini merupakan kerjasama pintar antara Kementerian Pendidikan dengan YTFM yang bertujuan menarik lebih ramai graduan cemerlang daripada pelbagai bidang untuk memilih kerjaya dalam bidang pendidikan serta membentuk karakter kepemimpinan melalui pendidikan.

BUTIRAN JAWATAN
YTFM bekerjasama KPM akan mengadakan pengambilan graduan terpilih untuk ditempatkan di sekolah berkeperluan tinggi di seluruh negara bermula Jun 2021. Felo TFM akan memacu impak sistemik dan membawa transformasi di dalam dan di luar bilik darjah bagi meningkatkan pencapaian akademik dan aspirasi pelajar sekolah.

SYARAT-SYARAT ASAS PERMOHONAN
Syarat-syarat asas bagi permohonan untuk Felo TFM adalah seperti berikut:

● Warganegara Malaysia
● Umur tidak melebihi 32 tahun
● Sihat tubuh badan dan aktif dalam kegiatan kokurikulum
● Ijazah Sarjana Muda/Sarjana daripada Universiti Awam (UA) atau Institusi Luar Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia (mempunyai surat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)) Kementerian Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada laman web di alamat:

i) http://www2.mqa.gov.my/mqr/ , dan
ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


● Calon yang berkelulusan bidang pendidikan (e.g. Bachelor of Education, TESOL) perlu berdaftar dalam sistem MySPP)
● Calon cemerlang dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/ Cumulative Grade Point Average (CGPA) 3.5 ke atas atau setara dengannya mengikut negara di mana calon memperolehi ijazah mereka.
● Calon yang memperolehi CGPA 3.0 ke atas atau yang setara dengannya serta calon lulusan dalam negara yang memperolehi CGPA 3.2 ke atas atau setara dengannya boleh dipertimbangkan sekiranya diperakukan oleh panel pemilihan.
● Mendapat sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

KRITERIA PENTING YANG PERLU DIMILIKI OLEH CALON:
● Fasih dan yakin berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
● Pemahaman dan komitmen yang mendalam mengenai misi dan visi KPM dan TFM
● Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi
● Kemahiran berfikir secara kritis
● Kecekalan dalam mengatasi dugaan dan cabaran
● Kebolehan berinteraksi dan membina hubungan yang baik

Calon digalakkan untuk melayari laman web https://teachformalaysia.org/who-we-look-for/ untuk pemahaman kompetensi kepimpinan Program TFM yang lebih mendalam.

CARA MEMOHON
• Calon yang berminat boleh melayari laman web http://www.teachformalaysia.org untuk maklumat lanjut.
• Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) menerusi laman web Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) https://www.tfaforms.com/4839998?tfa_9999936980068=KPMTFM2021
• Permohonan calon akan ditapis berdasarkan kelayakan dan kriteria yang ditetapkan.
• Calon terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temuduga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup bagi permohonan Felo Program TFM melalui iklan ini adalah pada 22 Februari 2021

PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan tentang Program TFM boleh diajukan melalui e-mel recruitment@teachformalaysia.org

NOTA:
Calon yang berjaya ke peringkat seterusnya akan dihubungi melalui emel oleh pihak YTFM.