IKLAN PENGAMBILAN CALON GURU BAGI PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP) BAHASA JERMAN DAN BAHASA KOREA DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU AMBILAN OKTOBER 2020

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk memohon Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) bahasa Jerman dan bahasa Korea di Institut Pendidikan Guru ambilan Oktober 2020.

KETERANGAN PROGRAM

Pengambilan calon guru bagi mengikuti Program Diploma Pascasiswazah
Pendidikan (PDPP) sepenuh masa ambilan Oktober 2020
1.1 Mod Program : Sepenuh Masa
1.2 Tempoh Pengajian : Satu (1) tahun / tiga (3) semester
1.3 Tempat Pengajian : IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
1.4 Bidang Pengkhususan yang ditawarkan:

 i. Bahasa Jerman
ii. Bahasa Korea

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN ASAS

Calon-calon hendaklah:

2.1 Warganegara Malaysia;
2.2 Sihat tubuh badan;
2.3 Aktif dalam kegiatan kokurikulum; dan
2.4 Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2020 iaitu lahir
pada atau selepas 31 Disember 1985

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK

3.1 Memiliki kelulusan akademik sekurang-kurangnya:
3.1.1 Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Awam (UA) atau
Institusi Luar Negara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh Kerajaan Malaysia (mempunyai surat pengiktirafan
daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)) Kementerian
Pendidikan Malaysia yang boleh dimuat turun daripada
laman web di alamat:
i) http://www2.mqa.gov.my/mqr/ , dan
ii) http://www2.mqa.gov.my/esisraf/
3.1.2 Mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK)/
Cumulative Grade Point Average (CGPA) 3.00 ke atas;
3.1.3 Memiliki kepujian dalam mata pelajaran bahasa Melayu,
di peringkat SPM/SPM (V); dan
3.1.4 Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BIDANG PENGKHUSUSAN

4.1 Bahasa Jerman
4.1.1 Memiliki tahap kecekapan minimum bahasa Jerman B2
atau TDN 3 dalam Test Deutsch als Fremdsprache
(TestDaF).
4.1.2 Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam
sebarang bidang dari universiti di negara Jerman / UA
yang diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).
4.2 Bahasa Korea
4.2.1 Memiliki tahap kecekapan bahasa Korea dalam Test of
Proficiency in Korean (TOPIK 3).
4.2.2 Keutamaan kepada pelajar yang bergraduasi dalam
sebarang bidang dari universiti di negara Korea / UA yang
diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA).


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON

5.1 Calon yang sedang mengikuti program ikhtisas di mana-mana
institusi pengajian tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) ;

5.2 Calon yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi
kerajaan negeri atau mana-mana pihak dan tidak mendapat
pelepasan daripada pihak tersebut.

5.3 Calon yang pernah mengikuti program ikhtisas di IPG KPM dan
gagal dalam peperiksaan atau ditamatkan daripada program
pengajian.

5.4 Calon yang diisytiharkan muflis.

5.5 Calon yang pernah meletak jawatan dalam perkhidmatan
Kerajaan bagi skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
Gred DG41.

5.6 Calon yang diberhentikan dari perkhidmatan Kerajaan kerana
tindakan tatatertib atau disabitkan dengan kesalahan
jenayah/penyalahgunaan dadah/ditahan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN

6.1 Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian dengan
melayari laman web di alamat:
https://pismp.moe.gov.my/myUMUM mulai 9 hingga 16
Oktober 2020.

6.2 Calon yang didapati memberi maklumat palsu/tidak
benar/manipulasi maklumat dalam borang permohonan,
Kerajaan Malaysia boleh menarik balik surat tawaran dan boleh
disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193 (Akta 574) Kanun
Keseksaan.

MAKLUMAT DAN PERHATIAN
7.1 Pemohon yang memenuhi syarat perlu menduduki e-UKCG dan
membuat rakaman video pengajaran (Rujuk panduan e-UKCG
dan panduan penyediaan rakaman video).

7.2 Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya
menduduki e-UKCG boleh disemak menerusi
https://pismp.moe.gov.my/myUMUM mulai 20 Oktober 2020.

7.3 Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian hendaklah
bersetuju dan patuh dengan terma-terma dalam surat tawaran
dan Perjanjian Pendidikan Guru KPM Program Diploma
Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) (PPG/PDPP-2020) serta
pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke
semasa.

7.4 Pemohon perlu menyemak dan akur dengan Tarikh-Tarikh
Penting Pengambilan Program Diploma Pascasiswazah
Pendidikan (PDPP) Bahasa Jerman Dan Bahasa Korea Ambilan
Oktober 2020, walaubagaimanapun KPM berhak meminda
sebarang aktiviti dan tarikh mengikut keperluan semasa.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
16 Oktober 2020 (Jumaat) sebelum jam 11.59 malam.