MAKLUMAN PENANGGUHAN SAMBUTAN PROGRAM
KECERGASAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) PERINGKAT SEKOLAH SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2020

Selaras dengan kenyataan media Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertarikh 2 Oktober 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan penangguhan sambutan Program Kecergasan KPM Peringkat Sekolah sempena Hari Sukan Negara 2020.

Penangguhan ini juga dibuat dengan mengambil kira keselamatan murid dan warga Kementerian Pendidikan Malaysia dalam situasi semasa penularan jangkitan COVID-19 di negara ini.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Sebelum ini ramai yang meminta program ini ditangguhkan bukan sahaja di peringkat Jabatan tetapi juga di peringkat sekolah.