Pelaksanaan Program Dwibahasa atau DLP telah mendapat kelulusan
Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara Bil.21/2015 bertarikh 13 Oktober 2015. DLP
merupakan program yang memberi pillhan kepada sekolah untuk menggunakan
Bahasa Inggeris (BI) sepenuhnya dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi
mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Berikutan dengan itu, menerusi pembentangan Bajet 2016 pada 23 Oktober 2015, KPM telah memperkenalkan DLP di sekolah rendah dan menengah pada tahun 2016.

DLP telah diperkenalkan di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia
Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) sebagai satu inisiatif peningkatan penguasaan Bl. Objektif pelaksanaan DLP adalah untuk meningkatkan
penguasaan BI murid melalui PdP mata pelajaran Sains dan Matematik.

Program ini juga memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses bagi
penerokaan pelbagai bidang ilmu untuk bersaing pada peringkat global dan meningkatkan kebolehpasaran murid dalam alam pekerjaan.

Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.25/2020
bertarikh 4 Ogos 2020 telah memutuskan bahawa satu garis panduan baharu DLP
hendaklah disediakan untuk pelaksanaan DLP bermula pada tahun 2021.
Penambahbaikan garis panduan ini merangkumi pembukaan semula tawaran atau permohonan DLP kepada semua sekolah bawah KPM.

Sehubungan dengan itu, semua pihak yang berkaitan hendaklah
memastikan supaya Penambahbaikan Garis Panduan Pelaksanaan Dual
Language Programme Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2027 dirujuk dan
dipatuhi bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

Penambahbaikan Garis Panduan Pelaksanaan Dual Language Programme
Kementerian Pencidikan Malaysia Tahun 2021 yang dilampirkan bersama-sama
SPI ini menjelaskan tentang tatacara pelaksanaan DLP kepada pihak Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah.

SURAT PEKELILING IKHTISAS KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BILANGAN 3 TAHUN 2020

PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE
PROGRAMME KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021

SPI BILANGAN 3 TAHUN 2020 PENAMBAHBAIKAN GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021

Dengan berkuatkuasanya SPI ini, maka Surat Pekeliling Ikhtisas
Bilangan 8 Tahun 2018: Garis Panduan Pelaksanaan Dual Language
Programme (DLP) Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Mulai
2018 bertarikh 5 Oktober 2018 adalah dibatalkan.

Walau bagaimanapun, Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan
Malaysia Bilangan 7 Tahun 2019: Pelaksanaan Dual Language Programme
(DLP) Sarawak Mulai Tahun 2020 bertarikh 15 November 2019 masih berkuat kuasa.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Penambahbaikan garis panduan ini bertujuan untuk memberi penjelasan tentang
tatacara pelaksanaan Dual Language Programme (DLP)
di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, dan sekolah yang berdaftar di
bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Objektif Pelaksanaan DLP bertujuan untuk:

  • memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan penguasaan BI murid
    melalui PdP mata pelajaran Sains dan Matematik;
  • memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses bagi penerokaan
    pelbagai bidang ilmu untuk bersaing pada peringkat global; dan
  • meningkatkan kebolehpasaran murid dalam alam pekerjaan.

Kriteria Penyertaan Sekolah

Sekolah yang layak untuk melaksanakan DLP hendaklah memenuhi kriteria yang
berikut:

Sekolah mempunyai sumber yang mencukupi

Sekolah hendaklah mempunyai guru yang memenuhi kriteria yang ditetapkan
pada perkara 6.0 untuk mengajar mata pelajaran Sains dan/atau Matematik
dalam BI. Di samping itu, sekolah hendaklah mempunyai bilik darjah dan/atau
bilik knas yang mencukupi untuk melaksanakan PdP DLP.

Pengetua/Guru Besar (PGB) mempunyai perancangan untuk melaksanakan
DLP

PGB hendaklah mengadakan perbincangan bersama-sama guru dengan
bimbingan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menyediakan
perancangan jangka panjang dan jangka pendek yang merangkumi aspek
seperti guru, murid dan bilik darjah bagi memastikan keberkesanan dan
kelangsungan pelaksanaan DLP di peringkat sekolah.

Persetujuan daripada ibu bapa/penjaga

Sekolah hendaklah mendapatkan persetujuan secara bertulis daripada ibu
bapa/penjaga sebelum kelas yang melaksanakan DLP boleh dibuka.

Pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM)

Peratus pencapaian Tahap Penguasaan Minimum Bahasa Melayu
Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR} dan gred purata mata pelajaran (GPMP) Bahasa Melayu Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) sekolah bagi tahun sebelumnya hendaklah
menyamai atau lebih baik daripada pencapaian yang ditetapkan oleh KPM
atau menunjukkan peningkatan prestasi pencapaian mata pelajaran BM bagi
tiga tahun berturut-turut (usaha ke arah peningkatan).

Kriteria Pemilihan Guru Yang Mengajar Kelas Yang Melaksanakan DLP

Kriteria pemilihan guru untuk mengajar mata pelajaran Sains dan/atau Matematik
dalam BI adalah seperti berikut:

Guru opsyen mata pelajaran:

a) Sains:

b) Sains Tambahan;

c) Fizik;

d) Kimia:

e) Biologi;

f) Matematik; atau

g) Matematik Tambahan.

Guru bukan opsyen:

a) berpengalaman mengajar mata pelajaran Sains dan/atau Matematik
sekurang-kurangnya satu tahun; atau

b) memiliki diploma ijazah sarjana muda/ijazah sarjana/ijazah kedoktoran
dalam lain-lain bidang yang setara dengan Sains dan Matematik.

Sehubungan dengan itu, semua pihak yang berkaitan hendaklah
memastikan supaya Penambahbaikan Garis Panduan Pelaksanaan Dual
Language Programme Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2027 dirujuk dan
dipatuhi bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.