Pemakaian Tanda Nama begitu sinonim dengan jawatan guru, sehinggakan sekiranya anda memakai tanda nama di luar sekolah, maka sudah pasti sangkaan pertama orang ramai bahawa anda seorang cikgu.

Terdapat beberapa jenis tanda nama yang dipakai oleh guru-guru atau penjawat awam lain, namun sebenarnya hanya 1 sahaja yang menepati pekeliling yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Antara kesilapan yang sering dilakukan adalah seperti:

  • Nama di tanda nama 2 perkataan, contoh SITI SARAH
  • Menggunakan ejaan rumi + jawi.
  • Ukuran tidak tepat.
  • Meletakkan logo sekolah atau jabatan.
  • Tanda Nama diperbuat daripada besi.

Untuk menyeragamkan pemakaian dan penggunaan tanda nama ini, peraturan-peraturan berikut telah dikeluarkan sejak 1983 lagi dan hendaklah diikuti:

tanda nama

(a) semua tanda nama hendaklah dibuat daripada plastik dengan huruf
berwarna putih berlatar belakangkan hitam dan berukuran 7.5cm x 2.5 cm

(b) hanya satu nama sahaja digunakan,
(c) tidak ada had huruf dan saiz yang dikenakan dan sekiranya ejaan nama itu berlebihan ia hendaklah dipendekkan atau dikecilkan untuk dimuatkan ke dalam ukuran tanda nama yang telah ditetapkan,
(d) gelaran-gelaran darjah kebesaran, keturunan, ‘profesion’, akademik atau ‘initial’ tidak boleh dituliskan,
(e) nama jawatan dan logo Jabatan juga tidak harus dimasukkan dalam tanda nama berkenaan, jabatan-jabatan yang hendak menggunakan logo Jabatan, ianya hendaklah diadakan secara berasingan dari tanda nama,
(f) tanda nama hendaklah disematkan dibaju di dada sebelah kiri, dan
(g) tanda nama hendaklah diasingkan dari pas keselamatan.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Anda boleh rujuk SURAT PEKELILING AM BIL. 8 TAHUN 1983 sebagai punca kuasa terhadap peraturan ini.

Pekeliling Tanda Nama

Boleh muat turun Pekeliling Tanda Nama dengan menekan butang ⇓

Oleh yang demikian, kepada mereka yang masih lagi belum mempunyai Tanda Nama (Name Tag) yang menepati spesifikasi yang telah ditetapkan hendaklah segera membuatnya di kedai-kedai terdekat.

Kebiasaannya mereka telah pun mempunyai contoh yang betul. Boleh buat Name Tag jenis pin, atau pun magnet mengikut keselesaan anda.

Kebiasaannya jenis magnet lebih mahal dari pin, dalam linkungan RM10-RM15 mengikut kualiti dan kedai tersebut.

Semoga info ini dapat membantu rakan-rakan penjawat awam, khususnya guru yang menjadi kewajipan memakai tanda nama di sekolah.

Untuk tidak terlepas info penting follow: telegram.me/pendidik2u