Terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia memutuskan 20hb ini semua pelajar Sekolah Rendah dan Menengah akan belajar secara PDPR kecuali kelas peperiksaan.

UNTUK EDARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGOPERASIAN INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SELURUH NEGARA

Kementerian Pendidikan MaIaysia (KPM) merujuk kepada pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan jumlah kes jangkitan COVID-19 pada 16 Januari 2021 dan trend kes yang semakin meningkat kebelakangan ini.

Susulan itu. KPM telah mengadakan perbincangan dengan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Berdasarkan perbincangan, KPM memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), SijiI Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


 

Berita lanjut menyusul.