Berdasarkan tinjauan, ramai guru mengeluarkan dana sendiri untuk membuat persediaan murid hadir sekolah. Ada guru yang menyediakan topeng muka khas untuk murid-muridnya, termometer, seletip untuk membuat garisan dan petunjuk di lantai, cecair pembasmi kuman kerana yang sekolah terima tidak dapat menampung keperluan murid yang ramai.

Sebagai contoh, sekolah memang ada peruntukan termometer, namun untuk mengelakkan kesesakan di pagar masuk sekolah memerlukan 1 atau 2 kali ganda lagi jumlah termometer.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Begitu juga sabun mencuci tangan, ia perlu banyak untuk memastikan pergerakan murid lebih cepat dan teratur.

Walau bagaimanapun terdapat sekolah-sekolah yang menerima bantuan dari pihak PIBG dan NGO yang berbesar hati memberi sumbangan.

Semalam dalam akhbar tempatan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap KPM dapat menyediakan peruntukan khas kepada pihak sekolah bagi memastikan usaha mengawal penularan (Covid-19) dapat ditangani.

Semoga ia dipermudahkan.