Keputusan eGtukar Sesi Jun 2024 boleh disemak bermula 24 Mei 2024 Jam 6 petang ini.

Semakan boleh dibuat di laman web eGtukar: https://epgo.moe.gov.my/

SEMAKAN KEPUTUSAN PERTUKARAN ANTARA BAHAGIAN/ANTARA NEGERI / ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI JUN 2024

SEMAKAN KEPUTUSAN PERTUKARAN ANTARA BAHAGIAN/ANTARA NEGERI / ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SESI JUN 2024

ADALAH DIMAKLUMKAN SEMAKAN PERTUKARAN BAGI SESI JUN 2024 BOLEH DISEMAK MELALUI MODUL E-GTUKAR SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

I. PERTUKARAN ANTARA BAHAGIAN / ANTARA NEGERI PADA 24 MEI 2024

II. PERTUKARAN ANTARA DAERAH DAN DALAM DAERAH PADA 24 MEI 2024

III.KEPUTUSAN PENEMPATAN ANTARA BAHAGIAN / ANTARA NEGERI PADA 24 MEI 2024

SEMAKAN KEPUTUSAN PERTUKARAN GURU ANTARA BAHAGIAN / ANTARA NEGERI, ANTARA DAERAH, DALAM DAERAH DAN KEPUTUSAN PENEMPATAN PERTUKARAN GURU ADALAH PADA 24 MEI 2024 MULAI JAM 6.00 PETANG.

TARIKH KUAT KUASA MELAPOR DIRI PERTUKARAN GURU BERDASARKAN KALENDAR TAKWIM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. SEKIRANYA TARIKH KUAT KUASA MELAPOR DIRI JATUH PADA HARI KELEPASAN AM, TUAN PUAN BOLEH MELAPOR DIRI PADA HARI BERIKUTNYA.

eGTukar adalah sistem dalam talian yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menguruskan permohonan pertukaran guru.

Sistem ini membolehkan guru membuat permohonan pertukaran antara negeri, bahagian, daerah, dan dalam daerah. Proses pertukaran ini bertujuan untuk memenuhi keperluan perkhidmatan pendidikan, kekosongan jawatan, dan keperluan opsyen di sekolah-sekolah yang dipohon.

Keputusan pertukaran adalah muktamad dan dinilai berdasarkan kriteria tertentu yang telah ditetapkan oleh KPM.