Kehadiran murid di beberapa zon kuning merosot ke paras terendah, apabila penjaga mengambil langkah berjaga-jaga dengan mencutikan anak-anak mereka biarpun tiada kes positif di sekolah.

Penurunan kehadiran ini dijangka akan berterusan dalam minggu ini, jumlah kehadiran dalam kelas hanya separuh dari jumlah murid. Bahkan ada sekolah yang menurun sehingga 30% sahaja.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Terdapat juga laporan dari guru-guru bahawa kehadiran kelasnya hanya 2/34 sahaja apabila terdapat seorang murid di kelas tersebut mempunyai Contact Rapat dengan saudara yang suspek covid-19.

Biarpun keputusan ujian swab test belum keluar, penjaga merasakan mereka perlu mengambil langkah berhati-hati.

SOP di sekolah terus diperketatkan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan terus berjalan.

Kita doakan semoga virus Covid-19 ini dapat dibendung sepenuhnya.