IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN KADER BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI KEMENTERIAN/ AGENSI LUAR DARI KEMENTERIAN PENDIKAN MALAYSIA.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia dengan ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan kader di Kementerian/ Agensi luar dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti berikut:

LAMPIRAN A

1. Kelayakan Umum

(i) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41/DG44/DG48 yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia.

(ii) Mempunyai ikhtisas/ kelulusan dalam opsyen seperti di Lampiran A.

(iii) Telah disahkan dalam perkhidmatan.

(iv) Telah mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

(v) Tahap kesihatan yang baik dan memuaskan.


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


(vi) Memperoleh sekurang-kurangnya 85% dalam penilaian prestasi bagi tiga tahun terkini (2017-2019).

(vii) Bebas daripada tindakan tatatertib atau tindakan mahkamah.

(viii) Permohonan mestilah disokong oleh Ketua Jabatan masing-masing.

(ix) Bersedia berkhidmat di jawatan kader sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga (3) tahun.

(x) Mempunyai minat dan kewibawaan yang tinggi untuk berkhidmat di Kementerian/ Agensi luar dari KPM.

2. Cara Memohon

(i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Masuk Jawatan Kader seperti di Lampiran B.

(ii) Permohonan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing.

(iii) Borang permohonan yang lengkap diisi beserta sekeping gambar berukuran pasport hendaklah dihantar melalui emel kepada noraizawati.amanaf@moe.gov.my .

(iv) Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan atau tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.

3. Pertanyaan Untuk sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan ini, boleh menghubungi

Unit Guru, Cawangan Perkhidmatan, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-8884 7769 / 7828. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia