Peluang untuk mereka yang berminat untuk menjadi guru. Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menghebahkan iklan Jawatan Kosong Guru Mara Gred DG41 untuk berkhidmat di institusi di bawah Mara.
Mungkin ramai yang pernah dengar istilah Guru Mara, apakah ia sama dengan Guru di KPM?
MARA merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan agensi ini juga mempunyai institusi pendidikannya seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Guru yang menerima lantikan dari Mara ini akan ditempatkan di MRSM yang ada di seluruh Malaysia.
Iklan Kekosongan Guru Mara
MARA mempelawa mereka yang berkelayakan dan mempunyai ciri:
- Berilmu
- Berkeyakinan
- Berintegriti
- Memiliki kemahiran interpersonal
- Kreatif dan inovatif
Individu yang mempunyai ciri-ciri ini dipelawa untuk menjadi warga pendidik di Institusi-institusi Pendidikan Mara.
Kriteria yang dilihat ini nampak tinggi bagi sesetengah orang, namun inilah syarat-syarat untuk menjadi Guru MRSM yang telah digariskan oleh pihak MARA.
Nama Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41)
Gaji Minimum: RM2188.00 hingga RM9552.00
Bidang dan Subjek:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris Bimbingan dan Kaunseling Biologi Fizik Kimia Media Pendidikan Jasmani
|
Pendidikan Seni Reka / Visual
Sains Komputer Geografi Sejarah / Sivik Pengurusan Perniagaan Perakaunan Ekonomi Matematik
|
Pendidikan Islam
Pendidikan Islam (Tahfiz) Kemahiran Hidup Komputer Multimedia dan Animasi Reka Bentuk Fesyen
|
Terdapat banyak pilihan subjek yang anda boleh pilih namun pastikan bertepatan dengan kelayakan ikhtisas Ijazah Pendidikan atau Diploma Pendidikan anda.
Syarat-syarat Permohonan Guru Mara
Ada beberapa syarat untuk memohon menjadi tenaga pengajar MRSM, yang pertama sekali pastilah Warganegara Malaysia. Ini syarat utama, kemudian anda perlu mempunyai salah satu dari kelayakan berikut:
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan dan mempunyai Diploma Pendidikan.
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.
- Mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan dan mempunyai Diploma Pendidikan.
- Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang berkaitan dan Diploma Pendidikan
Ini adalah syarat yang telah admin ringkaskan supaya mudah difahami, persoalan yang selalu timbul di kalangan pemohon pekerjaan adalah:
Soalan: Saya berminat untuk memohon, saya ada Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Quran dan Sunnah, tetapi tidak ada Diploma Pendidikan, bolehkah saya memohon?
Jawapan: Berdasarkan syarat yang ditetapkan anda tidak layak memohon kerana tiada kelayakan ikhtisas iaitu Diploma Pendidikan. Kerana biarpun anda mempunyai PHD sekalipun kelayakan Ikhtisas dalam bidang pendidikan mesti kena ada.
Soalan: Berapa gaji yang ditawarkan sekiranya saya berjaya dilantik menjadi guru di MRSM?
Jawapan: Untuk tangga gaji bagi lantikan DG41 ini ia tidak sama bagi setiap Ijazah. Gaji permulaan Guru DG41 adalah berdasarkan kelayakan berikut:
- Ijazah Sarjana Muda: RM2188.00
- Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian: RM2391.94
- Ijazah Sarjana (Master): RM2902.98
- PHD: RM3209.60
Kenapa gaji permulaan ini berbeza? Ini kerana ia mengikut tahap pendidikan masing-masing.
Cara Memohon Jawatan dalam MARA Secara Online
Setelah anda meneliti syarat-syarat yang digariskan, dan berminat maka anda bolehlah membuat permohonan.
Permohonan hendaklah melalui Laman Web Mara secara online:
PERMOHONAN JAWATAN SECARA ONLINE |
ONLINE MARA |
Tarikh Tutup Permohonan: 19 Julai 2017
Sekiranya anda mempunyai kelayakan sijil daripada luar negara atau IPT swasta anda perlu menyemak pengiktirafan sijil anda di web Kementerian Pengajian Tinggi.
Permohonan akan ditapis dan mereka yang layak sahaja akan dipanggil untuk menghadiri (Mara Assessment Centre). Di sini meraka yang terpilih akan dinilai sekali lagi dengan beberapa sesi ujian dan temuduga.
Sekiranya berjaya, anda akan menerima pemberitahuan SMS dan boleh juga menyemak di laman Web Mara.
Asalamualaikum.
Admin, Saya ada soalan. Jika dalam kes cikgu yang dah bekerja 7 tahun di sekolah kerajaan memohon jawatan guru MARA, adakah beliau akan bermula dari tangga gaji awal atau mengikut usia tahun perkhidmatan yang sedia ada?
Terima kasih.
Wslm, yg ni lantikan baru, maka jika dia mohon dan berjaya ia akan bermula dari tangga gaji awal..
Melainkan kpm ada buat penempatan/ pinjamkan guru ke Kementerian KKLW..
Terima kasih admin atas maklumat.
Assalamualaikum tuan, saya ada soalan, sy baru posting di skolah selepas tamat belajar tahun lepas, tetapi sy teringin untuk menjadi guru mrsm, adakah sy bleh apply atau ada kontrak dgn kpm ? terima kasih
Wslm, kalau dah posting better terus kekal dengan KPM..
assalamualaikum..
sy ada soalan
1) guru mara DG41, ada pencen tak..?
2) jika pemohon bekerja di sektor awam sblm ini, kemudian dpt jd cikgu mara, adakah gaji mengikut gaji terakhir di sektor kerajaan..?
Waalaikummussalam..
1. ada
2. Gaji seperti guru baru..
Assalamualaikum tuan,
Saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda bukan dalam pendidikan. Tapi berminat untuk menjadi guru.
Saya telah mohon untuk menyambung di Open Uni dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.
Adakah saya saya layak untuk memohon sebagai guru di Sek Kerajaan setelah tamat belajar ?
Skrg kena ada ikhtisas bidang pendidikan..
Salam nak tanya Open Uni Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah diiktiraf tak oleh KPM untuk apply DG41?
Assalamualaikum tuan,
Saya sedang melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana pendidikan di IPTA dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda bukan dalam pendidikan.
Adakah saya layak untuk memohon jawatan guru MARA setelah tamat belajar ?
Salam saya nak tanya. Saya baru sahaja tamat belajar di salah sebuah UA dan mengambil jurusan pendidikan .Sekiranya saya berjaya utk dilantik sebagai guru mrsm, kemudian saya pula dipanggil untuk ke temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai (SPP) bulan 11 nanti, adakah boleh memilih salah satunya ? Atau adakah setelah saya berjaya dilantik sebagai guru mrsm , kemudian saya tidak akan dipanggil untuk temuduga daripada SPP under KPM ? Terima kasih.
Salam..boleh saya tahu, apakah soalan lazim bagi kuiz online mara?
assalamualaikum tuan, saya sudah mohon jawatan tersebut.. mcm mana nk semak keputusan atau permohonan saya berjaya atau tidak.. sebb saya cari permohonan semakan tiada..
Tuan,saya cuma ada kelulusan PMR dengan spm je.Layakkah untuk saya dapatkan jawatan cikgu ni?
salam..bila lagi mara akan buka tawaran dg41…
Salam. Bagaimana nak tau result macct? da jawab tapi tak tau keputusan
Saya tidak boleh akses ‘Permohonan secara online mara’. Apabila klik link tersebut, mesej ‘Service unavailable’ dipaparkan. Saya menggunakan smart phone android. Bila boleh saya mohon guru mara?