Membentuk disiplin murid di sekolah merupakan perkara yang sangat penting, tidak kira sama ada di sekolah rendah atau di sekolah menengah. Keadaan dan suasa di kedua-dua jenis sekolah mungkin berbeza dari segi masalah disiplin, namun tetap perlu dikawal selia dengan baik.

Di sekolah rendah biasanya berlaku masalah disiplin seperti mencuri barang kawan, pukul raka sekelas, bising dan bermain-main, buli rakan, ponteng sekolah dan sebagainya. Sama juga di sekolah menengah, ada juga perkara seperti di sekolah rendah dan ditambah lagi dengan masalah rokok, gam, dadah dan gengsterisme. Atas sebab itu pihak pentadbir dan guru memeainkan peranan penting dalam memupuk disiplin murid bagi melahirkan insan yang mempunyai sahsiah dan akhlak yang baik.

Namun begitu dengan kuasa yang terhad bagi guru-guru menjadikan masalah disiplin pada waktu kini sukar dibendung, guru perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan di dalam pekeliling serta mengikut peraturan sekolah. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini akan menyebabkan guru terpaksa menanggung pelbagai dakwaan seperti saman dan ugutan.

Antara inisiatif yang boleh guru lakukan adalah dengan menjalankan beberapa Program atau aktiviti kesedaran kepada murid. Guru juga boleh menggunakan Model Contoh pengurusan disiplin seperti:


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Bentuk-bentuk hukuman yang dilarang terbahagi
kepada dua jenis seperti di bawah:

HUKUMAN TERHADAP FIZIKAL HUKUMAN TERHADAP MENTAL & EMOSI
1. Berdiri lama di tengah panas.
2. Lari keliling padang.
3. Berdiri lama dalam/luar bilik darjah.
4. Memukul diri sendiri/sesama sendiri.
5. Berdiri di atas kerusi atau meja.
6. Menarik rambut/tarik telinga.
7. Belasah dengan alat seperti
tali pinggang atau pembaris.
8. Junjung kerusi/buku.
9. Cubit.
10. Enjut / ketuk ketampi / mendada.
11. Ketuk / sekel kepala.
1. Gunting Rambut.
2. Berdiri membuat latihan.
3. Berleter.
4. Gantung tulisan di badan.
5. Memalukan di khalayak ramai.
6. Kelas tahanan pada waktu rehat.
7. Memaki hamun.
8. Conteng muka dengan kapur.
9. Koyak buku latihan.
10. Mengugut atau menggertak murid.
11. Tidak menghiraukan murid.
12. Tidak menanda buku latihan.
Nampaknya murid sekarang tidak seperti murid dahulu, teringat masa zaman belajar dulu, jika kena rotan di sekolah, balik rumah mengadu pada ayah, ingatkan ayah nak menyebelahi kita, rupanya ayah akan tambah lagi rotan.
Berbeza bukan, ini kerana ayah percaya kepada guru, guru tidak akan sengaja rotan jika tidak melakukan kesalahan. Jika zaman sekarang, awas report polis akan dibuat jika menyentuh anak mereka..
Namun tidak semua ibu bapa sekarang memanjakan anak, masih ada lagi yang memberikan kepercayaan 100% kepada guru supaya mendidik anak mereka, merotan, bagi denda, yang diharapkan supaya anaknya menjadi anak yang soleh dan solehah.