Garis panduan ini bertujuan sebagai rujukan bagi pengurusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Panduan pengurusan pentaksiran pusat disediakan sebagai rujukan kepada pentaksir, guru dan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Panduan pengurusan peperiksaan awam pula disediakan sebagai rujukan kepada pegawai pengurus peperiksaan di JPN dan PPD yang dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan:

  1. Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (rujukan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 5 bertarikh 4 Jun 2020);
  2. Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis Edisi 2017;
  3. Garis Panduan Operasi Wabak – Pekeliling Persediaan Menghadapi Wabak Penyakit yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan Bilangan 1 Tahun 2009;
  4. Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan STPM/MUET, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) Edisi 2017; dan
  5. surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan serta
    peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Pengurusan Pentaksiran Pusat

  • Pentadbir sekolah perlu menyusun jadual waktu pentaksiran pusat mengikut kesesuaian berdasarkan takwim peperiksaan yang dikeluarkan oleh KPM.
  • Guru perlu merancang pengurusan pentaksiran pusat berdasarkan kesediaan murid untuk ditaksir dalam tempoh yang ditetapkan.
  • Guru perlu menjadualkan semula pentaksiran bagi murid yang bergejala.
  • Guru perlu memberi penekanan kepada aspek penjarakan sosial, kebersihan dan keselamatan semasa pentaksiran dilaksanakan.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN PUSAT DAN PEPERIKSAAN AWAM

Pengurusan Peperiksaan Awam


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


Calon persendirian yang telah mendaftar bagi peperiksaan awam hendaklah memastikan keadaan kesihatan berada pada tahap optimum. Sekiranya kurang sihat, calon persendirian atau waris hendaklah memaklumkan JPN dengan kadar segera.

Calon persendirian hendaklah membuat pengisytiharan kesihatan melalui borang yang boleh dimuat turun dari laman rasmi Lembaga Peperiksaan (lp.moe.gov.my). Borang ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan pada hari pertama calon menduduki peperiksaan.

Bilik/dewan peperiksaan bagi calon persendirian perlu berhampiran dengan pintu masuk sekolah.

Pentadbir sekolah perlu menyediakan laluan khusus ke bilik/dewan peperiksaan untuk calon persendirian bagi mengelakkan kontak dengan warga sekolah bermula dari pintu masuk utama sekolah.

Bilangan bilik yang disediakan perlu mengambil kira penjarakan sosial.

Pentadbir sekolah perlu memastikan susunan kerusi dan meja Ketua Pengawas Peperiksaan serta calon peperiksaan adalah seperti di Lampiran 1.

Bilangan Pengawas Peperiksaan yang dilantik adalah mengikut kesesuaian jumlah bilik yang digunakan.

Pengawas Peperiksaan yang memakai pelitup muka (face mask) hendaklah menanggalkannya bagi tujuan pengesahan kehadiran apabila diminta oleh Ketua Pengawas Peperiksaan.

Calon yang memakai pelitup muka (face mask) hendaklah menanggalkannya bagi tujuan pengesahan kehadiran apabila diminta oleh Ketua Pengawas Peperiksaan/Pengawas Peperiksaan.

Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan bilangan Pengawas Peperiksaan yang mencukupi bagi mengurus pembungkusan Skrip Jawapan Peperiksaan (SJP) dengan mengambil kira penjarakan sosial dan bilangan SJP.

Ketua Pengawas Peperiksaan dan Pengawas Peperiksaan hendaklah sentiasa mengutamakan aspek penjarakan sosial, kebersihan dan keselamatan dalam semua urusan pengendalian bahan sulit peperiksaan awam.