Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan sekolah/institut pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pengurusan sepanjang bulan Ramadan. Dokumen ini adalah panduan tambahan (annex) kepada:
a. Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah
Dalam Norma Baharu 2.0 yang telah dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 9 Februari
2021;dan
b. Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institut
Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi Dalam Noma
Baharu.

Panduan ini juga perlu dibaca bernama surat pekeliling ikhtisas, surat siaran dan arahan serta peraturan berkaitan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

Panduan ini merangkumi tatacara pengurusan sekolah, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi sepanjang bulan Ramadan.

Pengurusan Aktiviti Ihya ‘ Ramadan

Berbuka Puasa, Moreh dan Sahur

  • Pelaksanaan berbbuka puasa, moreh dan sahur terpakai kepada sekolah berasrama sahaja.
  • Pihak sekolah hendaklah memastikan kapasiti tempat
    berbuka puasa, moreh dan sahur mencukupi dengan
    mengambil kira penjarakan fizikal.
  • Pihak sekolah dibenarkan menggunakan mana-mana bilik yang sesuai untuk dijadikan ruang makan tambahan kepada dewan makan dengan mematuhi tatacara Perkara 5, Pengurusan Asrama Sekolah di para 5.4 – Pengurusan Dewan Makan Asrama dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0.
  • Kaedah penggiliran bagi moreh dan sahur boleh
    dilaksanakan sekiranya pihak sekolah menghadap
    kesukaran untuk menyediakan ruang makan yang dapat menampung kapasiti semua murid pada masa yang sama.
  • Penyediaan makanan boleh disajikan secara bufet,
    hidangan individu atau berbungkus.
  • Pekerja dewan makan/pramusaji sahaja dibenarkan untuk mencedok makanan.Pihak guar yang ingin menyumbang berbuka puasa, moreh dan sahur perlu mendapat kebenaran pihak pengurusan sekolah.
  • Sebarang bentuk sumbangan makanan daripada pihak luar hendaklah diuruskan mengikut standard operation procedure (SOP) media ada.
  • Pelaksanaan berbuka puasa perdana tidak dibenarkan.

Solat Tarawih

  • Pelaksanaan solat tarawih terpakai kepada sekolah
    berasrama sahaja.
  • Solat tarawih berjemaah boleh dilaksanakan dengan
    mematuhi SOP sedia ada.
  • Solat tarawih berjemaah hendaklah dilaksanakan
    sebanyak 8 rakaat dengan bacaan surah-surah atau ayat-ayat pendek.
  • Sekiranya ruang surau tidak dapat menampung kapasiti jemaah pada satu-satu masa, pihak sekolah dicadangkan menggunakan kaedah seperti berikut:
    a. Kaedah penggiliran Pelaksanaan solat tarawih di surau secara penggiliran mengikut kesesuaian sekolah.
    ii. Jadual penggiliran perlu disediakan bagi
    memastikan pergerakan murid terkawal.
    iii. Solat tarawih berjemaah perfu ringkas agar
    dapat memberi ruang kepada jemaah yang lain.
    b. Kaedah serentak
    Pelaksanaan solat tarawih secara serentak di
    beberapa lokasi yang berbeza.
    ii. Pihak sekolah boleh menggunakan surau dan
    bilik (dorm) atau bilik-bilik khas dalam satu-satu
    masa mengikut kapasiti ruang dan garis
    panduan sedia ada.
  • Walau bagaimanapun, murid/pelajar boleh mendirikan solat tarawih secara bersendirian di bilik (dorm) atau bilik-bilik khas yang telah ditentukan oleh pihak sekolah.
  • Jadual solat hendaklah disediakan sebagai instrumen kawalan.
  • Jadual bertugas pemantauan perlu disediakan.

Tazkirah/Ceramah


ADA PERNIAGAAN / PRODUK YANG NAK DIHEBAHKAN? IKLAN DI SINI


  • Pelaksanaan tazkirah/ceramah di surau adalah
    tertakluk kepada SOP Jabatan Agama Islam Negeri masing- masing berkaitan Ihya ‘ Ramadan.
  • Tazkirah/ceramah sepanjang pelaksanaan solat sunat tarawih tidak dibenarkan.
  • Pihak sekolah juga boleh melaksanakan tazkirah selama 10 minit sebelum pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas making-masing atau melalui siaraya.
  • Pentazkirah/penceramah hanya dibenarkan dalam kalangan warga sekolah sahaja.

Tadarus Al-Quran

  • Pelaksanaan tadarus Al-Quran di surau adalah merujuk kepada garis panduan pengoperasian surau yang sedia ada.
  • Pihak sekolah boleh melaksanakan tadarus di dalam
    kelas masing-masing atau melalui siaraya.
  • Waktu pelaksanaan bergantung kepada ketetapan
    pihak sekolah.
  • Pelaksanaan Majlis Khatam Al-Quran perlu disesuaikan dengan amalan norma baharu serta tertakluk kepada SOP sedia ada.

Qiamullail

  • Pelaksanaan qiamullail terpakai kepada sekolah
    berasrama sahaja.
  • Qiamullail boleh dilaksanakan secara bersendirian atau berjemaah dengan mematuhi garis panduan sedia ada.
  • Pelaksanaan qiamullail di surau hendaklah merujuk
    kepada para 6.4 Solat Berjemaah bagi Murid/Pelajar
    Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian
    Sekolah Dalam Norma Baharu 2.0.
  • Murid/Pelajar tidak dibenakan untuk bermalam di
    surau.
  • Qiamullail boleh dilaksanakan selewat-lewatnya 30
    minit sebelum waktu imsak.
  • Jadual solat hendaklah disediakan.
  • Jadual bertugas pemantauan perlu disediakan.
Garis Panduan Pengurusan Sekolah & Institusi KPM dalam Bulan Ramadan

Semoga maklumat ini dapat membantu kita dalam mengawal penularan virus Covid-19 yang berleluasa kini.